NATIONAL
JPN nafi pegawai KDN datang rumah buat pengesahan kad pengenalan

Gambar yang tular di media sosial dan WhatsApp bukan kakitangan JPN atau mana-mana agensi di bawah KDN, dan merupakan gambar lama yang ditularkan kembali.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan mesej tular bahawa terdapat pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengunjungi rumah orang awam untuk membuat pengesahan kad pengenalan.
Ringkasan AI
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengunjungi rumah orang awam untuk membuat pengesahan kad pengenalan.
- Gambar yang tular di media sosial dan WhatsApp bukan kakitangan JPN atau mana-mana agensi di bawah KDN, dan merupakan gambar lama yang ditularkan kembali.
- JPN menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi dan mengingatkan agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti.
"Gambar berkenaan merupakan gambar lama yang ditularkan kembali," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, tular gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp yang mendakwa ada pegawai KDN membuat lawatan dari rumah ke rumah untuk membuat pengesahan kad pengenalan.
JPN berkata, penafian mengenai perkara itu pernah dibuat oleh KDN pada 9 September 2024 dan turut disiarkan oleh portal Sebenarnya.my.
"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum berkongsi. Ingat, tidak pasti jangan kongsi," ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami