JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini diminta mengambil tindakan segera terhadap kerosakan infrastruktur dan kemudahan di empat sekolah di Kota Tinggi.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata kerosakan membabitkan tingkap, bumbung dan tandas itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Jaafar Albar, SMK Bandar Easter, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Setia Jaya serta SK Bandar Easter.
"InsyaAllah kami akan ikhtiarkan yang terbaik bagi menyediakan persekitaran lebih selesa buat seluruh warga sekolah," katanya menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Beliau berkata lawatannya di Kota Tinggi semalam bertujuan meninjau keadaan infrastruktur, pengoperasian serta persediaan sekolah-sekolah menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada 2 Mac depan.
Di samping meninjau perjalanan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris bagi calon SPM 2021 yang sedang berlangsung di SMK Tan Sri Jaafar Albar dan SMK Bandar Easter, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada calon-calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di sekolah terbabit.
"Saya berkongsi tentang aspirasi untuk menerapkan konsep Sekolahku SEJAHTERA melalui 14 elemen utama seperti seronok, selamat, sihat, etika, empati dan artikulasi. Elemen ini perlu diterapkan secara semula jadi dalam kalangan anak-anak khususnya," katanya.
SPM akan berlangsung dari 2 hingga 29 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Radzi berada di Kota Tinggi bagi meninjau keadaan infrastruktur dan pengoperasian sekolah serta persediaan sekolah menjelang peperiksaan SPM 2021. - Foto Facebook/Dr Radzi Jidin
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA
Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan pada Ahad lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekol
Sidang media khas KPM mengenai banjir, persiapan SPM pagi ini
Sidang media khas tersebut akan dikendalikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan diadakan pada jam 10.45 pagi di Putrajaya.
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Jabatan Meteorologi UK (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Sebuah sekolah sementara di Gaza dibuka
Sekolah itu menggunakan khemah sebagai bilik darjah yang mampu menempatkan sehingga 1,800 pelajar dari darjah satu hingga empat.
Anak siapa pun, tiada kompromi dalam kes buli - Fadhlina
Fadhlina mengulas dakwaan vokalis kumpulan Spider, Tam yang mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.