DUNGUN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Ketua Pengarah JPN Badrul Hisham Alias berkata permohonan itu disebabkan kehilangan kad pengenalan akibat kecuaian, jenayah serta bencana termasuk banjir dan kebakaran.
Beliau berkata faktor kecuaian merekodkan bilangan tertinggi iaitu 55,504 permohonan diikuti faktor bencana (2,575 permohonan) dan jenayah (958 permohonan).
"Kecuaian ini contohnya mereka tinggalkan kad pengenalan pada pengawal keselamatan untuk masuk ke premis tertentu tetapi lupa ambil semula ... mendaftar masuk ke hotel dan sebagainya.
"Selangor mencatat jumlah permohonan baharu tertinggi akibat kecuaian iaitu 8,482 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7,427 permohonan) dan Johor (7,247 permohonan). Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana semua kad pengenalan ialah dokumen terpenting yang perlu dijaga dengan baik," katanya pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN di Kampung Pasir Raja di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran (Operasi) JPN Sarinah Apisah dan Pengarah JPN Terengganu Mohamad Nasir Kareem.
Pada majlis itu, Badrul Hisham menyampaikan enam kad pengenalan baharu kepada penduduk Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor yang terjejas banjir Februari lepas.
Dalam pada itu, Badrul Hisham berkata JPN akan meneruskan program Mekar Diaspora di Amerika Syarikat pada Jun ini bagi memberi perkhidmatan dan nasihat berkaitan hal ehwal pendaftaran negara khusus untuk rakyat Malaysia di luar negara.
"Program Mekar Diaspora ini lokasinya kita pilih berdasarkan jumlah rakyat Malaysia yang ada di sana.Ramai rakyat kita di luar negara yang memerlukan perkhidmatan kita ... tetapi untuk balik berurusan di Malaysia memerlukan kos tinggi.
"Jadi, apa yang kerajaan MADANI buat ialah kita pergi kepada mereka dan bantu seperti program Mekar Diaspora di Jeddah Januari lepas. Insya-Allah, kita akan ke Amerika Syarikat selepas ini, tetapi lokasinya akan ditentukan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Sebahagian penduduk kampung yang terjejas banjir memperbaharui kad pengenalan di kuanter bergerak Jabatan Pendaftaran Negara pada Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN di Kampung Pasir Raja hari ini. - Foto BERNAMA
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (
Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.
Lebih 2,000 kes permohonan kewarganegaraan selesai
Kementerian Dalam Negeri menyelesaikan sebanyak 2,373 kes permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan sehingga 24 Mei 2024.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Demi langsai hutang, wanita menyamar jadi 'ibu' daftar kad pengenalan jiran
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memberikan maklumat palsu bagi mendaftarkan kad pengenalan dua lelaki yang juga jirannya tahun lepas.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
JPN terima hampir 60,000 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 59,037 permohonan gantian kad pengenalan baharu tahun ini.
Badrul Hisham Ketua Pengarah JPN baharu berkuat kuasa hari ini
Pelantikan itu bagi menggantikan Zamri Misman yang bertukar ke BHEUU, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Feb lepas.