MELAKA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia hari ini mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah di sini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata pengesanan penyakit berkenaan ekoran penyiasatan dijalankan pihak JPV susulan laporan penternak babi terlibat serta pengesahan sampel yang diuji di Makmal Veterinar Sepang pada 20, 22 dan 23 Dis.
Beliau berkata justeru, JPV telah mengambil langkah awal dan proaktif bagi mengawal dan membasmi penularan penyakit ASF antaranya mengeluarkan Notis Perintah Kuarantin ke atas ladang babi di kawasan Paya Mengkuang dan ternakan tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan terjangkit.
"Pemusnahan semua ternakan babi di ladang terjangkit berdasarkan Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) dan ternakan di ladang yang disahkan bebas jangkitan dibenarkan untuk penyembelihan di rumah sembelih yang diluluskan sahaja tetapi karkas dan daging babi tidak dibenarkan dibawa keluar ke negeri lain.
"Selain itu, syarat pindah ternakan babi dan produk babi di seluruh Semenanjung Malaysiadiperketatkan serta pemantauan, pemeriksaan klinikal dan persampelan semua ladang babi di kawasan terjangkit serta ladang babi di seluruh negara dipergiatkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemantauan serta persampelan juga dipergiatkan di semua rumah sembelih babi di seluruh negara.
Katanya, semua penternak babi dinasihatkan supaya tidak memberi haiwan berkenaan makanan sisa dapur (swill feeding) dan tidak membuang bangkai babi ke dalam sungai, kolam, kebun dan sebagainya.
Penternak dan orang awam juga diminta segera melaporkan sebarang kematian pada babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041).
Beliau berkata penyakit ASF memberi impak ekonomi yang besar kepada industri penternakan babi kerana ia boleh menyebabkan kematian hingga 100 peratus.
"JPV juga ingin menasihati orang ramai agar tidak panik kerana ASF adalah penyakit bukan zoonotik, iaitu tidak berjangkit kepada manusia.
"Namun sebagai langkah keselamatan, daging babi perlu dimasak pada suhu sekurang-kurangnya 70?C selama 30 minit untuk mematikan virus tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 24 2021
JPV mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah. - Gambar hiasan
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
AWANI Tonight: 23rd April 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
- Ten killed after Navy helicopters collide mid-air
- Tensions flare at U.S. universities over Gaza protests
#AWANIenglish #AWANInews
10 Berita Pilihan - (23 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Buletin AWANI Khas: Siasatan nahas helikopter TLDM, apa perlu kita tahu?
AWANI Ringkas: Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pemandu lori, seorang kelindan didenda seludup kambing
Dua lelaki masing-masing didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menyeludup 78 ekor kambing tanpa kebenaran di Terengganu.
Anjing terbiar: JPV keluar notis penambahbaikan kepada MPKL
JPV mengeluarkan Notis Penambahbaikan di bawah Seksyen 25 Akta 772 dan Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Notis Penambahbaikan) 2020 kepada MPKL.
Pemandu lori didenda RM6,000 pindah 20 ekor lembu tanpa kebenaran
Seorang pemandu lori didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana memindahkan 20 ekor lembu tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor, Ogos lepas.
JPV diarah pantau penternakan punca pencemaran Sungai Rambai
JPV bertanggungjawab memantau ladang penternakan secara berterusan selain akur pada undang-undang yang telah ditetapkan dan memastikan pihak penternak mempunyai lesen sah untuk beroperasi.
Aktiviti sembelih korban perlu permit JPV - Exco Terengganu
Ia bagi memastikan haiwan yang disembelih itu bebas daripada sebarang penyakit dan menjamin keselamatan makanan.
Kematian 20 kucing bukan diracun, sebaliknya kena jangkitan 'Parvovirus' - JPV Terengganu
Kematian 20 ekor kucing secara serentak di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang dekat Besut pada 6 Mac lepas bukan disebabkan racun, sebaliknya berpunca daripada jangkitan 'Parvovirus'.
Sembelihan ternakan untuk jualan Aidilfitri perlu dapat permit JPV
Ini bagi memastikan binatang yang disembelih sihat, mempunyai pemilik dan bebas daripada sebarang penyakit bagi menjamin keselamatan makanan.
1,864 ekor babi ternakan ladang komersial di Paya Mengkuang positif ASF dimusnahkan - JPV
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.
JPV kesan penyakit ASF di tujuh ladang komersial di Paya Mengkuang
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia hari ini mengesahkan berlaku penularan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah.
Sampel lembu disyaki dijangkiti LSD di Simpang Pulai dihantar ke makmal
JPV Perak telah mengambil sampel lembu dari sebuah ladang di Simpang Pulai, Ipoh, untuk diuji di makmal.