KUALA LUMPUR : Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyokong penuh siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai kanan polis yang disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.
Pengarahnya Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Seperti yang saya katakan di video TikTok, tolong berubah atau diubah. Sekarang, saya kata anda ubah diri atau digari, anda akan menerima balasan atas perbuatan anda. Saya tak akan kompromi dengan salah laku sedemikian.
"Ketika ini, saya tidak dapat apa-apa maklum balas daripada SPRM, saya rasa Ketua Polis Negara atau Ketua Polis Kuala Lumpur mungkin dapat maklumat terkini. Secara peribadi ia agak serius sebab dia pegawai JSJ, saya konsisten dengan pandangan, pendapat dan pendekatan saya. Saya biarkan SPRM jalankan siasatan penuh," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Pada Ahad, Bernama melaporkan seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM kerana disyaki menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara.
Pegawai kanan yang bertugas di lbu Pejabat Polis Kuala Lumpur itu ditahan selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Hasil pemeriksaan SPRM ke atas beberapa premis milik pegawai kanan tersebut berjaya menemukan wang tunai berjumlah lebih RM2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM. - Bernama
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
KPD Lahad Datu antara disiasat kes anak mati tertembak
Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.
Tembakan di KLIA: Beri ruang polis siasat, jangan timbulkan spekulasi
Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan berkaitan insiden tembakan di KLIA1.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Serangan kedai serbaneka, MRA gesa percepat siasatan
Pihak berkuasa mesti dibenarkan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.
JSJ sokong siasatan SPRM terhadap pegawai kanan polis
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM.
Isu stoking kalimah Allah: Beri kepercayaan pihak berkuasa jalankan siasatan - Mohd Na'im
Polis, Jakim serta KPDN akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca, pihak yang bertanggungjawab selain niat di sebalik perbuatan itu.
TDM mulakan siasatan terhadap dakwaan pukul anggota di Kem Resah
Siasatan telus dan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian yang berlaku terhadap mangsa dari Sungai Petani, Kedah itu.
EU akan semak semula keperluan pembiayaan dana ke Gaza
Setakat ini EU tidak memberi sebarang bantuan dana sehingga Februari 2024 dan sedang melakukan penyiasatan penuh terhadap dakwaan berkenaan.
MyCC sedia bincang dengan KPB mengenai isu persaingan padi dan beras
MyCC berkata pihaknya telah menyerahkan surat kepada KPB Oktober lepas, menyatakan kesediaan untuk berbincang.
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.