awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion

Bernama
Bernama
22/02/2024
15:37 MYT
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Ramli berkata berikutan rekod kes berkenaan, JSJK menjalinkan kerjasama dengan SC bagi menangani kes jenayah itu yang dilaporkan semakin meningkat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata berikutan rekod kes berkenaan, JSJK menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi menangani kes jenayah itu yang dilaporkan semakin meningkat.
Beliau berkata satu perbincangan telah diadakan antara JSJK dan SC hari ini di pejabat JSJK Bukit Aman bersama Pengarah Penguatkuasaan SC, Budiman Lutfi Mohamed serta delegasinya.
Menurutnya, satu kesepakatan telah dicapai bahawa satu mekanisme perlu diwujudkan bagi membolehkan masyarakat membuat semakan kesahihan sesuatu tawaran pelaburan.
"Untuk itu, pihak SC telah pun membangunkan platform penyemak pelaburan yang boleh diakses melalui https://www.sc.com.my/investment-checker yang dapat membantu masyarakat untuk membuat semakan kesahihan sesebuah syarikat pelaburan.
Kedua-dua agensi juga bersetuju untuk terus memberikan komitmen dalam membanteras jenayah penipuan pelaburan melalui kerjasama daripada sudut perkongsian maklumat, kepakaran, siasatan dan operasi," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Ramli berkata JSJK yakin kerjasama ini akan memacu perubahan yang lebih berkesan dalam pembanterasan kes penipuan pelaburan di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSJK
#penipuan pelaburan
#suruhanjaya sekuriti
#kes jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan