Trend menjaja makanan berhampiran lampu-lampu isyarat sekitar jalan raya di negeri ini adalah satu kesalahan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, aktiviti jual beli makanan di tengah-tengah jalan itu bukan sahaja menganggu aliran trafik, malah turut membahayakan keselamatan penjaja dan pembeli serta pengguna jalan raya yang lain.
Katanya, mereka yang menjaja dan membeli menggunakan cara itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.
“Mana-mana jalan raya dan lampu isyarat di negeri ini bukan tempat menjaja dan tindakan saman boleh dikenakan kerana menganggu kelancaran trafik serta menghalang lalu-lintas.
“Penjaja yang jual makanan itu boleh disaman, pengguna jalan raya yang membeli makanan pun boleh disaman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Dialog Ketua Polis Kelantan bersama ahli-ahli Malaysian Palm Oil Association (MPOA) cawangan Kelantan, semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama mereka yang terlibat supaya menghentikan cara mencari pendapatan seperti itu dan mematuhi undang-undang di negara ini.
“Kita tidak boleh ikut cara di negara lain seperti Indonesia yang menjaja merata-rata di jalanan kerana negara ini ada peraturannya sendiri. Perbuatan ini juga menganiaya pengguna jalan raya lain yang tidak terlibat dengan urusan tersebut kerana terpaksa menunggu jual beli selesai apabila lampu trafik hijau.
“Kami tidak halang orang ramai, khususnya anak muda yang hendak mencari rezeki, tetapi biarlah rezeki yang dibawa balik itu, ‘manis’ dan bukannya hasil daripada aktiviti bertentangan dengan peraturan,” katanya.
Kebelakangan ini, trend menjaja di jalan utama di sekitar bandar ini menjadi-jadi seolah-olah seperti di Indonesia dengan jualan pelbagai jenis makanan ringan seperti piza, burger, yong tau fu, bebola daging dan minuman.
Mereka menjaja makanan dan minuman tersebut dari kereta ke kereta ketika lampu isyarat merah di persimpangan.
Julai lalu, enam penjaja berusia antara 19 dan 20 tahun ditahan di Jalan Kuala Krai dan Jalan Pengkalan Chepa dengan dikenakan saman mengikut Kaedah 10A LN 166/59.
Kaedah memperuntukkan denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.
Sinar Harian
Mon Oct 15 2018

Tindakan menjaja di lampu isyarat adalah satu kesalahan. -Foto Sinar Harian
UNIDO kecam kenaikan, serus kerjasama global
Tarif berkenaan meningkatkan kos pengeluaran industri, sekali gus menjejaskan kecekapan ekonomi, mengurangkan manfaat perdagangan serta melemahkan daya saing
Volkswagen berunding dengan Kerajaan Amerika Syarikat
Syarikat pembuat kereta dari Jerman itu sedang menjalankan rundingan konstruktif bersama pentadbiran Amerika Syarikat susulan pengumuman tarif ke atas barangan import yang diumumkan oleh Donald Trump.
Nahas dua kenderaan, dua wanita maut
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 11.57 malam.
Kemakmuran ekonomi dan perpaduan sarawak harus disyukuri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemakmuran ekonomi serta perpaduan yang dirasai oleh rakyat bumi kenyalang harus disyukuri dan lebih penting, tidak kufur dengan nikmat tersebut.
Segerakan projek pembangunan luar bandar sarawak
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

MAIS daftar 1,875 mualaf tahun lepas
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mendaftarkan 1,875 individu sebagai mualaf sepanjang tahun lepas, kata pengerusinya Datuk Salehuddin Saidin.

Wikipedia tawarkan sebahagian data untuk latih kecerdasan buatan
Data dioptimasi untuk melatih model tanpa pautan dan kod format teks, mengatasi masalah trafik laman yang dihentam bot.
AWANI Ringkas: Hubungan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pembukaan pasaran kelapa segar ke China galak pengeluaran berkualiti tinggi
Malaysia akan mengeksport kelapa muda bagi tujuan minuman segar dengan keutamaan diberikan kepada varieti kelapa wangi.

Kaspersky lapor serangan perisian tebusan ke atas perniagaan tempatan meningkat 153 peratus
Malaysia merupakan negara kedua paling banyak terkesan dengan serangan perisian tebusan di Asia Tenggara, hanya di belakang Indonesia.

Polis Kedah terima 30 unit Toyota Hilux ganti kenderaan lebih had usia
Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kenderaan itu adalah untuk kegunaan guna sama operasi yang dijalankan PDRM di negeri ini.

Polis Kedah pantau masjid, bazar sepanjang Ramadan
Polis Kedah akan menempatkan anggota di masjid dan bazar ramadan di seluruh negeri ini bagi memantau tahap kepatuhan SOP.

"Jangan curi-curi balik kampung sambut Ramadan" - Ketua Polis Kedah
Kalau tidak berjumpa polis mereka bernasib baik, tetapi kalau ditahan, kompaun akan dikenakan.

Polis Kedah buat 'kejutan', saman anggota tidak patuh undang-undang
Anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menerima "kejutan" selepas mereka diperiksa dan disaman dalam pemeriksaan yang dilakukan di hadapan pintu masuk IPK.

Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat.

Cedera terkena tembakan, anggota PGA tidak kecewa, tetapi geram
Semasa kejadian dia langsung tidak berasa panik dan segera ke pos kawalan terdekat untuk mendapatkan bantuan.

PGA tukar srategi, sistem rondaan sempadan negara - Bukit Aman
Perubahan itu berikutan sempadan negara sejak kebelakangan ini, sering berlaku kejadian tembakan sehingga mencederakan anggota PGA.

Kes seorang lagi anggota PGA ditembak: Suspek guna senapang angin, polis siasat cubaan bunuh
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

TEMCO: 10 sekatan jalan raya ditutup hari ini
Sekatan dilakukan bertujuan menghalang sebarang aktiviti keluar masuk penduduk di kawasan TEMCO bagi mengelak penularan COVID-19.

Kejadian banjir di Kampung Chuchuh Puteri bukan disebabkan bukit pecah
Beliau berkata kejadian itu disebabkan fenomena 'kepala air', berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas.