Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal penjualan makanan dan minuman di kantin dan kafenya di seluruh negara mulai tahun ini bagi menjayakan dasar 'Trim and Fit' (Cergas dan Cerdas) yang bakal dikuatkuasakan pada 1 Jan 2018.
Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Zulkifli Abdullah berkata pengawalan itu perlu, selain untuk menjayakan dasar itu sendiri, juga bagi memastikan anggota polis sentiasa sihat dan cerdas melalui sistem pemakanan dan amalan hidup sihat serta berupaya melaksanakan tugas secara berkesan.
"Kami akan melihat bagaimana kami boleh kawal penjualan makanan dan minuman di kantin-kantin polis di seluruh negara. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menyediakan menu yang sesuai.
"Maklumat tentang kalori juga akan dikuatkuasakan. Apa yang sesuai untuk dimakan pada waktu pagi, tengah hari, malam dan sebagainya," katanya.
Zulkifli berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri upacara Perbarisan Tamat Latihan Asas Kepolisian Konstabel Siri 1/2016 di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
Menurut Zulkifli, walaupun pelaksanaan dasar berkenaan tidak mudah, terutama untuk mengubah tabiat pemakanan yang sudah menjadi amalan sekian lama, namun ia boleh dijayakan sekiranya dilihat daripada sudut positif kerana kesan baiknya akan kembali kepada anggota PDRM sendiri.
Katanya sebagai permulaan, beberapa kantin PDRM dipilih untuk melaksanakan program kawalan makanan berkenaan sebagai projek perintis dan kejayaan serta keberkesanannya akan dinilai sebelum program itu diperluaskan ke seluruh negara.
Pihaknya mungkin akan bekerjasama dengan Koperasi Polis yang boleh menyediakan infrastruktur termasuk pembekal makanan yang sesuai.
Mengenai tahap kecergasan dalam kalangan anggota PDRM, Zulkifli berkata pihaknya kini masih pada tahap pengumpulan data dan akan memaklumkan mengenainya selepas bulan Jun tahun ini untuk memberi kesempatan kepada pegawai dan anggota PDRM membuat apa-apa yang perlu untuk memastikan mereka cergas.
"Saya percaya, termasuk PDRM Sabah juga sedang mengenal pasti pegawai dan anggota yang bermasalah, yang mempunyai body mass index (BMI) lebih daripada 28. Ini yang kita akan atasi dahulu, yang mempunyai lebih berat," katanya.
Zulkifli berharap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan menjalankan aktiviti sesuai bagi menjayakan dasar berkenaan dan yakin setiap anggota polis akan lebih bersemangat untuk mengurangkan berat badan melalui program bersama rakan-rakan.
Beliau berharap langkah yang diambil bukan sahaja untuk anggota PDRM malah akan menjadi contoh seluruh rakyat Malaysia kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017
Seorang anggota polis wanita yang menyertai Program Trim & Fit PDRM menunjukkan cara latihan kecergasan pada majlis penutup program berkenaan di Dewan Bankuet Pulapol. - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Keracunan makanan: Kantin SK Chepor diarah tutup dua minggu
Arahan itu dikeluarkan apabila pemeriksaan semalam mendapati penilaian premis makanan berasaskan risiko adalah tidak memuaskan.
Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik - KPM
Fadhlina menjelaskan, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha dan pihak sekolah.
Lelaki didakwa guna kedudukan lantik anak saudara dapatkan tender kantin
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan pada 11 Nov 2015.
KPM setuju beri lanjutan pengecualian bayaran sewa hingga 31 Disember
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju melanjutkan peengecualian bayaran sewa kantin selama enam bulan bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2022.
KPM lanjut pengecualian sewaan kantin - Radzi
KPM membuat keputusan untuk memberi pengecualian sewaan selama enam bulan termasuk premis-premis yang berada dalam sekitar sekolah.
Ingkar SOP: 16 pemilik kilang di Kedah dikompaun RM10,000 setiap satu
Operasi pada Jumaat membabitkan pemeriksaan ke atas 299 kilang dan 60 pekerja warga asing.
Maahad tahfiz di Perak dibenar beroperasi 1 Mac
Keputusan dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak.
Tiga individu mengaku tidak bersalah kes suapan, dokumen palsu
Mohammad Endra Abd Sarakal dan isterinya Barmah Wati Hassan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, selepas kesemua pertuduhan dibacakan.
Sedia untuk hantar anak ke sekolah, ini yang ibu bapa perlu lakukan
Selain peranan sekolah dan guru, penglibatan ibu bapa dan penjaga juga turut digariskan supaya mereka boleh turut membantu pihak sekolah.
Kantin terbakar, dua pekerja rentung
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bintulu menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 9.05 malam.