awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dilantik duta produk IKS Sabah

Bernama
Bernama
22/06/2021
10:33 MYT
Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 dilantik duta produk IKS Sabah
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk IKS Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021 Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Watikah pelantikan itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam kepada Maya, 20, pada majlis ringkas yang diadakan di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah (MID) di sini hari ini.
Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri berkata pihak kementerian telah menjalin kerjasama dengan persatuan Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) bagi melantik Maya sebagai duta berkenaan selama setahun.
"Tahniah kepada Maya kerana muncul juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021, dan beliau akan mempromosikan produk IKS Sabah termasuklah berlakon dalam klip video Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.
"Maya juga dikehendaki menghadiri majlis perasmian kempen serta mengikuti pameran atau ekspo dalam negeri yang akan dianjurkan MID, sebagai duta Maya menerima hadiah wang tunai RM10,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk IKS Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.
Maya Hejnowska dilantik sebagai duta produk IKS Sabah sempena Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah.
Joachim berkata Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah bertujuan memperkenalkan produk buatan usahawan IKS Sabah kepada masyarakat di dalam dan luar negeri.
"Pada masa ini, terdapat lebih 4,000 produk usahawan IKS Sabah berada di pasaran tempatan dan 2,340 produk telah berdaftar dalam platform rasmi e-dagang kementerian iaitu aplikasi GoBiz. Kementerian juga telah mengenal pasti slogan, logo dan lagu rasmi dicipta khas untuk kempen itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#unduk ngadau
#kaamatan
#Maya Hejnowska
#duta
#IKS
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan