awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi dalam talian: Polis tahan empat lelaki di Sungai Petani

Bernama
Bernama
11/07/2021
23:00 MYT
Judi dalam talian: Polis tahan empat lelaki di Sungai Petani
Polis turut merampas enam telefon bimbit, tiga set komputer, satu komputer riba, satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM170. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit menjalankan aktiviti perjudian dalam talian menerusi serbuan di tiga lokasi sekitar Bukit Bayan, dekat Sungai Petani, pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah SAC Suresh Kumar berkata serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari IPK Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.
"Serbuan membabitkan tiga buah rumah itu telah membawa kepada penahanan empat lelaki yang berumur antara 20 hingga 30-an. Polis turut merampas enam telefon bimbit, tiga set komputer, satu komputer riba, satu unit modem dan wang tunai berjumlah RM170.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan mempromosikan dan menjalankan perjudian dalam talian dengan menggunakan laman sesawang 'Mega888.com'. Dipercayai mereka telah beroperasi sejak setahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata sindiket itu mampu memperoleh keuntungan antara RM3,000 hingga RM5,000 sehari dan sehingga kini telah mendapat keuntungan antara RM700,000 hingga RM900,000.
Menurut beliau kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Polis Kedah akan terus menjalankan operasi bagi membanteras perjudian di negeri ini dan menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah perjudian di talian 04-7326999 atau 04-7741403," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#judi
#dalam talian
#polis
#Tahan
#lelaki
#Bukit Bayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan