awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan

Bernama
Bernama
25/05/2021
01:02 MYT
Judi mesin slot: 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan
Azmi berkata lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu ditahan di kediamannya di Bukit Segar, Cheras. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' antara 19 individu ditahan polis di sekitar Lembah Klang dari 17 hingga 20 Mei lepas dalam operasi memerangi kegiatan judi mesin slot.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata lelaki berusia 55 tahun yang dipercayai dalang utama sindiket itu ditahan di kediamannya di Bukit Segar, Cheras, di sini.
"Selain Datuk Seri itu, polis turut menahan sembilan individu lain yang dipercayai anggota sindiket tersebut merangkumi seorang wanita tempatan, lima lelaki Myanmar serta tiga lelaki Bangladesh berusia 17 hingga 71 tahun," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada Isnin.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini dan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM579,000, tiga utas jam tangan bernilai RM238,000, tujuh jongkong emas dan loket bernilai RM58,250 serta tiga kenderaan bernilai RM1.2 juta yang ditemukan di kediaman Datuk Seri itu.
Sembilan lagi individu merupakan pemain serta penjaga premis, iaitu masing-masing tiga lelaki Bangladesh dan Myanmar yang ditahan ketika leka bermain judi mesin slot pada 17 Mei di sekitar Jalan Pudu di sini.
Turut ditahan seorang lelaki tempatan dan dua lelaki Myanmar yang dipercayai penjaga premis berkenaan, katanya.
"Hasil pemeriksaan, polis merampas sejumlah barang termasuk 16 alat kawalan, empat set komputer, dua kotak perisian, dua cip kredit perjudian, buku catitan perjudian serta wang tunai RM10,213," katanya menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(C) dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1959/1963.
Beliau berkata empat daripada yang ditahan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dengan dua daripada mereka turut berdepan tindakan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket judi
#judi mesin slot
#polis
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#Azmi Abu Kassim
#Datuk seri ditahan
#dalang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan