KUALA LUMPUR: Seramai 412 individu dipercayai bookie ditahan dan direman dalam OP Soga IX berkaitan perjudian dan pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Jelasnya, kesemua suspek ditahan dalam 348 serbuan dilancarkan di seluruh negara bermula 19 November hingga 8 Disember.
PDRM juga berjaya merampas wang tunai berjumlah RM417,613 mata wang asing iaitu HK$382,995 dan SG$500 Singapura.
Manakala had kredit yang dirampas dalam perisian pula mencecah RM10.6 juta.
Turut dirampas, 31 unit komputer, 469 telefon bimbit, 207 kad sim, 103 helai kertas catitan pertaruhan dan 23 keping jadual perlawanan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Kes disiasat dibawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sebanyak 348 kertas siasatan telah dibuka, dimana 289 daripadanya masih dalam tindakan manakala 52 kertas siasatan telah berjaya dituduh.
Tujuh lagi kertas siasatan telah disabitkan hukuman oleh mahkamah.
Fareez Azman
Fri Dec 09 2022
Menurut PDRM, sebanyak 348 kertas siasatan telah dibuka, dimana 289 daripadanya masih dalam tindakan manakala 52 kertas siasatan telah berjaya dituduh.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Op Soga: 10 lelaki ditahan dipercayai jadi ejen bookie judi Piala Dunia Qatar
Polis Johor menahan 10 lelaki tempatan, disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX.