JOHOR BAHRU: Jumlah anggota bagi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) perlu ditambah bagi memperkasakan dan memperkuat operasi jabatan berkenaan dalam membanteras isu jenayah global dan rentas sempadan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kedua-dua jabatan itu mempunyai keanggotaan yang kecil dengan JSJK sebanyak 2,100 pegawai dan anggota, manakala JSJN pula tidak lebih 5,000 pegawai dan anggota di seluruh negara.
"Kalau kita tengok pembahagian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia menyatakan (nisbah) 300 pegawai polis kepada 100,000 penduduk, maksudnya satu polis nisbah 333 penduduk. Sekarang ini, di Malaysia lebih kurang ada 32 juta penduduk dan kira-kira 130,000 ialah polis, bermakna nisbah kita bagi satu polis bersamaan dengan 275 penduduk.
"Jadi, kita masih dalam lingkungan PBB. Kalau hendak diperbesarkan (pegawai dan anggota) adalah di JSJK dan JSJN kerana buat masa ini, isu jenayah global seperti jenayah siber atau scammer (penipuan) berlaku secara global dan bukan di Malaysia sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Rasmi Police Strike Craft Rigid Hull Assault Boat (RHAB) Pasukan Polis Marin (PPM) di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Johor CP M Kumar dan Komander PPM SAC Norzaid Mohamad Said.
Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai isu kekurangan pegawai dan anggota pada masa ini.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kawalan sempadan ketika bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri, Razarudin berkata kawalan sempadan sentiasa dilaksanakan dan diperkukuh bagi memastikan ia tidak diceroboh mana-mana pihak.
Terdahulu, Razarudin ketika berucap dalam program itu berkata PPM menerima empat bot RHAB yang antaranya dilengkapi dengan senjata api berat bagi meningkatkan kemampuan PDRM dalam mengawal sempadan negara.
Beliau berkata PDRM secara keseluruhan telah menerima 10 bot RHAB dengan nilai keseluruhan RM32.8 juta dan enam daripadanya diterima pada November tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Razarudin berkata kedua-dua jabatan itu mempunyai keanggotaan yang kecil dengan JSJK sebanyak 2,100 pegawai dan anggota, manakala JSJN pula tidak lebih 5,000 pegawai dan anggota di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau
Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.
KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer
Kerajaan rancang enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini, galak eksport francais
Kerajaan dengan kerjasama MFA merancang melaksanakan enam misi perdagangan antarabangsa tahun ini dengan objektif untuk memupuk dan menggalakkan lebih banyak eksport francais ke luar negara.
Penghantaran bantuan melalui udara ada baik, ada buruk - KHOM
Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui udara ada risiko keselamatan kepada orang awam secara umum.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
PDRM nafi dakwaan polis gagal buat siasatan isu saham RM3.5 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendakwa PDRM gagal membuat siasatan terhadap satu laporan berhubung isu jual beli dan
Padah jual produk kesihatan palsu guna nama doktor pakar mata
Pasangan suami isteri antara tujuh individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penjualan produk kesihatan palsu dengan menggunakan nama seorang doktor pakar mata berpangkat Datuk.
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Wan Hassan berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki-baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.