Jumlah bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dijangka terus meningkat.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, keyakinan itu dibuat berdasarkan trend kutipan balik pinjaman PTPTN yang semakin meningkat selain prestasi kutipan juga melebihi sasaran.
Katanya, PTPTN menyasarkan kutipan balik pinjaman berjumlah RM2 bilion tahun lepas, bagaimanapun menerima kutipan melebihi sasaran iaitu sebanyak RM3.4 bilion.
“Peminjam PTPTN sudah ramai nak membayar dan bilangannya bertambah.
“Ini bermakna rakyat Malaysia bertambah baik, peminjam bertambah baik. Kalau aspek pekerjaan itu pengukurannya, (maka) pekerjaan bertambah baik.
“Jadi kita lihat perkara yang lebih baik dan positif. Insya-Allah kerana sikap inilah PTPTN bertambah baik. Kalau dahulunya keluar semua negatif sekarang positif,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis Kongres Duta Jauhar 3.0 di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Mitec, Bandar Seri Alam, di sini.
Jelasnya lagi, pada tahun ini PTPTN menyasarkan kutipan bayaran balik sejumlah RM4 bilion kerana yakin situasi peminjam bertambah baik.
Beliau juga berterima kasih kepada peminjan PTPTN yang memberi kerjasama baik kerana ia akan memberi impak yang positif kepada 200,000 pelajar setiap tahun.
Semalam, dilaporkan sebanyak 586,863 peminjam PTPTN disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu.
Ketua Eksekutif ptptn, Wan Ahmad Wan Yusoff dilaporkan berkata, perkara itu membabitkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion.
Shahrul Hassan
Sun Mar 26 2017
IDRIS: Peminjam PTPTN sudah ramai nak membayar dan bilangannya bertambah.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksana ketika saya jadi PM - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tuduhan dilemparkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pelupusan hutang peneroka FELDA merupakan pembohongan besar.
Shabery Cheek dilantik Pengerusi baharu Felda
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2023.
Idris Jusoh lepaskan jawatan Pengerusi Felda
Idris menerima keputusan Pejabat Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada lantikan pengganti beliau.
Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun
Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.
Malaysia-Indonesia capai resolusi kurang kadar kemiskinan, model Felda akan jadi contoh
Malaysia dan Indonesia telah mencapai satu resolusi untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Asia Tenggara serta meningkatkan sekuriti makanan di rantau ini.
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Felda beri impak kepada aliran tunai
Pelupusan sebahagian hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjumlah RM8.3 bilion yang selesai dilaksanakan pada tahun 2021 telah memberi impak besar kepada aliran tunai Felda.
Tiada perancangan kembalikan Felda United FC - Idris Jusoh
Felda mempunyai perkara yang lebih besar untuk dititikberatkan sebagai proses rasionalisasi lembaga itu.
PRU15: Idris umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Keputusan untuk tidak bertanding pada PRU diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan
Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya.
Dewan Rakyat: Kerjasama pelbagai agensi diperkukuh elak penipuan visa furada berulang - Idris
Bagi musim haji 2022, TH telah memberikan lesen kepada 22 syarikat PJH dan THTS untuk mengendalikan pakej haji.