awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah jemaah ditentukan jawatankuasa masjid, surau - JAWI

Bernama
Bernama
11/06/2020
21:28 MYT
Jumlah jemaah ditentukan jawatankuasa masjid, surau - JAWI
Peluasan kapasiti jemaah bagi masjid, surau Jumaat dan surau terpilih akan ditentukan oleh jawatankuasa. - Bernama
Peluasan kapasiti jemaah bagi masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan ditentukan oleh jawatankuasa masjid, surau jumaat serta surau terbabit.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail berkata peluasan kapasiti jemaah bagaimanapun tertakluk kepada satu pertiga had kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau terpilih serta melibatkan jemaah dalam kalangan warga Malaysia.
"Ketetapan ini juga tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
"JAWI juga ingin mengingatkan agar segala garis panduan dan SOP (prosedur operasi standard) berkaitan hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)," menurutnya dalam kenyataan.
Beliau turut berharap umat Islam dapat memanfaatkan peluang itu dengan meningkatkan amalan ibadat dan berdoa agar penularan COVID-19 dalam negara segera berakhir.
Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengumumkan bahawa semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan peluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula esok.
Katanya perkara itu telah dipersembah dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islam
#JAWI
#jemaah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Kuala Lumpur
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Putrajaya
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan