awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan meningkat 10 peratus - Polis

Bernama
Bernama
31/03/2021
09:58 MYT
Jumlah kenderaan masuk ke Kelantan meningkat 10 peratus - Polis
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, hasil pemantauan polis mendapati kepatuhan SOP dalam kalangan penduduk di Kelantan sudah melebihi 90 peratus. - Gambar SINAR HARIAN
PASIR MAS: Jumlah kenderaan yang memasuki Kelantan meningkat 10 peratus dalam tempoh cuti persekolahan kali ini, kata Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat.
Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa membuat pemeriksaan serta sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan, kesemua mereka memiliki dokumen perjalanan sebelum dibenarkan masuk ke Kelantan.
Katanya, sekiranya ada yang gagal mengemukakan dokumen itu, polis akan mengarahkan mereka untuk berpatah balik.
"Di musim cuti persekolahan kita dapati ada pertambahan kemasukan kenderaan perantau ke negeri ini sebanyak 10 peratus.
"Apa yang penting semua yang pulang ke kampung halaman perlu mematuhi segala peraturan terutamanya membawa dokumen merentas negeri dan patuhi SOP yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas antara ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif dengan ACP Mohd Nasaruddin M Nasir, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Abdullah Muhammad Piah.
Mengulas lanjut, Shafien turut mengingatkan perantau yang pulang dan menghadiri sebarang majlis kenduri, agar sentiasa menjaga penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.
"Apabila pergi ke kenduri dan sebagainya, patuhilah SOP seperti memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.
"Jika bergambar pun pastikanlah ada sedikit jarak yang sepatutnya. Semua ini adalah bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19," katanya.
Shafien berkata hasil pemantauan polis mendapati kepatuhan SOP dalam kalangan penduduk di Kelantan sudah melebihi 90 peratus. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#SOP
#COVID-19
#polis
#pelitup muka
#SJR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan