awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan melebihi RM300 juta - Mohamed Fadzli

Bernama
Bernama
18/12/2024
14:30 MYT
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan melebihi RM300 juta - Mohamed Fadzli
Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah amaun kepada wakil rakyat di kawasan terjejas sebagai bantuan awal. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jumlah kerugian akibat banjir di Kelantan baru-baru ini dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Beliau berkata jumlah berkenaan meliputi kerosakan infrastruktur seperti bangunan, jalan raya dan sektor pertanian serta kerugian lain.
"Jumlah rumah yang rosak belum diperolehi secara tepat lagi dan bagi urusan membaik pulih kerajaan negeri akan cuba membantu.
"Kita ambil pengalaman bencana banjir pada tahun 2014 dan kerajaan negeri akan menilai kerugian kerosakan yang ditanggung rakyat," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.
Mohamed Fadzli berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah amaun kepada wakil rakyat di kawasan terjejas sebagai bantuan awal.
"Bagi bantuan yang lebih besar kita memang memerlukan bantuan daripada kerajaan Pusat dan jumlah sebenar kita belum dapat taksirkan apatah lagi kita masih dalam tempoh Monsun Timur Laut," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#monsun timur laut
#wakil rakyat
#bantuan awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan