KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Pahang, Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan menunjukkan trend penurunan pada sebelah petang manakala di Melaka tiada perubahan.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan mangsa banjir di kelima-lima negeri petang ini ialah 16,281 orang daripada 5,207 keluarga yang berlindung di 107 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Jumlah itu menurun berbanding 19,099 orang daripada 5,882 keluarga melibatkan 120 PPS tengah hari tadi.
Di PAHANG, sebanyak 10,735 mangsa banjir masih ditempatkan di 76 PPS pada sebelah petang berbanding 11,776 di 83 PPS tengah hari tadi manakala daerah yang masih terjejas ialah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan sebanyak 42 Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial terdiri daripada doktor, kaunselor dan jururawat ditubuhkan bagi menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan mangsa banjir.
Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 5,399 orang di 27 PPS petang ini berbanding 7,503 mangsa di 36 PPS tengah hari tadi.
Portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam yang berada pada tahap waspada tengah hari tadi kini di tahap amaran apabila mencatat ketinggian 2.11 meter setakat 5.15 petang.
Di KELANTAN, seramai 68 orang daripada 21 keluarga masih ditempatkan di satu PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Tok Deh setakat 5 petang berbanding 78 orang daripada 23 keluarga pada waktu tengah hari.
Portal rasmi info banjir JPS pula melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Di NEGERI SEMBILAN, seramai 53 orang daripada 17 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Jelebu setakat tengah hari tadi.
Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata jumlah mangsa banjir masih tidak berubah iaitu 26 orang daripada lapan keluarga setakat 4 petang dan kesemuanya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng, Jasin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di kelima-lima negeri petang Selasa ialah 16,281 orang daripada 5,207 keluarga yang berlindung di 107 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara. - Bernama
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat petang ini
Jumlah mangsa banjir direkodkan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan meningkat kepada 534 mangsa setakat 4 petang ini, berbanding 487 orang tengah hari tadi.
Tiga PPS ditutup, kesemua mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang
Tiga PPS di Melaka ditutup secara berperingkat hari ini selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Banjir Sarawak: 1,361 mangsa masih ditempatkan di 12 PPS
Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Banjir: Satu PPS dibuka di Bau
PPS yang dibuka pada 7 pagi tadi itu menempatkan 64 orang daripada 16 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.