JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa yang terjejas banjir sejak 1 Jan lepas terus menurun kepada 95 mangsa setakat 8 pagi ini berbanding 271 individu, petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata hanya tinggal dua daerah masih terjejas banjir, melibatkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Segamat kekal dengan mangsa tertinggi iaitu 83 orang diikuti Tangkak 12 orang.
"Muar telah pulih daripada banjir sepenuhnya semalam apabila PPS terakhir di daerah itu Balai Raya Kampung Jawa telah ditutup petang semalam, selain Sekolah Agama Buloh Kasap dan Balai Raya Kampung Sanglang di Segamat berikutan semua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
"Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat yang merekodkan tahap waspada dengan trend menaik, diingatkan agar sentiasa berjaga-jaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk daerah terjejas banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022

Cuaca di seluruh negeri kini dilaporkan cerah termasuk daerah terjejas banjir. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Senator New Jersey berkeras untuk tidak letak jawatan
Senator New Jersey, Robert Menendez kekal menentang tuduhan rasuah yang dihadapinya dengan berkeras untuk tidak meletakkan jawatan.
Penutupan jalan Sungai Besi/Petaling Jaya ditangguhkan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penangguhan penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi/Petaling Jaya hingga 1 Oktober 2024. Penutupan berkaitan dengan kerja pelebaran dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Presiden Ukraine, Ketua NATO bincang kerjasama, pulih hubungan
Kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu pertahanan, termasuk situasi di medan perang di Ukraine dan keperluan tentera Ukraine.

772 terima darjah kebesaran sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Kelantan
Seramai 772 individu akan menerima pengurniaan kehormatan kebesaran negeri di Istana Balai Besar sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ke-54, esok.

Rasuah urus mayat: Dua staf perubatan awam direman lima hari
Mereka dipercayai menerima wang rasuah daripada dua syarikat yang sama antara tahun 2021 dan 2022 yang melibatkan RM3,500.
Prestasi ringgit, pasaran dunia dijangka pulih pada Q4 2023
Nilai ringgit dijangka pulih akhir 2023 didorong keyakinan pada kenaikan kadar faedah The Fed, AS. Pemulihan ini dijangka mampu menarik dana asing dan menaikkan harga pasaran tempatan selepas kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat The Fed baru-baru ini.
Tiada caj dikenakan ke atas peniaga Duitnow QR pada masa ini - Maybank
Maybank memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak
PM bincang isu rombakan Kabinet dengan YDPA
Khabar mengenai rombakan Kabinet terus kedengaran, dan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tdak menolak kemungkinan akan membincangkan mengenai rombakan Kabinet dalam pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Jumaat.

Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Keterangan itu termasuklah daripada Ebit Lew, pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.

Mangsa banjir di Kedah meningkat ke 1,908 orang
Bilangan mangsa banjir di Kedah terus peningkatan apabila 1,908 mangsa daripada 576 keluarga dipindahkan di 15 PPS.

Mangsa banjir syukur dapat pemeriksaan kesihatan percuma
Rata-rata mangsa terdiri daripada golongan emas, ibu mengandung dan pesakit kronik tidak perlu ulang-alik ke Klinik Kesihatan atau hospital.

Banjir: 913 mangsa ditempatkan di 10 PPS di Kedah, Perlis
Kedah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir dengan keseluruhannya melibatkan 871 orang daripada 251 keluarga.

Paras air di enam sungai di Kedah lepasi tahap bahaya awal pagi ini
Keenam-enam sungai itu turut mencatatkan trend peningkatan paras air.

Banjir: TPM Ahmad Zahid arah semua agensi bersiap siaga
Ahmad Zahid mengarahkan agensi berkaitan untuk terus berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi, susulan banjir yang melanda di beberapa negeri.

Banjir Kedah: Pokok Sena daerah terbaharu dinaiki air
Ini menjadikan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 341 orang berbanding 268 orang pagi tadi.

Jumlah mangsa banjir Kedah meningkat 268 di empat PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 228 mangsa daripada 69 keluarga di tiga PPS setakat jam 12 tengah malam tadi.

Bomba kenal pasti hampir 5,000 lokasi berisiko banjir seluruh negara
Ketika ini negara mengalami musim peralihan Monsun Timur Laut (MTL) dengan hujan lebat dan banjir mula melanda beberapa negeri.

Banjir: Penduduk Kubang Pasu diminta segera pindah ke PPS
Rondaan hari ini mendapati terdapat mangsa yang enggan berpindah ke PPS walaupun rumah mereka telah dinaiki air melebihi paras pinggang.

MBSA sedia 445 CCTV pantau kawasan risiko banjir, tapak pelupusan haram
CCTV berkenaan dipasang bagi pemantauan 24 jam dan sebagai persediaan menghadapi banjir di kawasan pentadbiran majlis itu, termasuk 145 CCTV bergerak di kawasan tapak pembuangan sampah haram.