awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun, Sabah kekal

Bernama
Bernama
05/02/2023
01:53 MYT
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun, Sabah kekal
Di Sabah, tiada pertambahan mangsa direkodkan dan jumlah mangsa kekal seramai 134 orang daripada 40 keluarga di sebuah PPS di daerah Beaufort. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan, manakala di Sabah kekal setakat pagi ini.
Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan seramai 670 mangsa berada di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan lima lagi di Batu Pahat, berbanding 769 mangsa pada 8 malam tadi.
Menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, Batu Pahat yang mengalami banjir termenung setakat ini merekodkan seramai 644 mangsa daripada 179 keluarga dan Segamat pula 26 daripada sembilan keluarga.
Ketika ini, Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.9 meter (m), namun keadaan cuaca di daerah berkenaan cerah, manakala di Segamat, hujan.
Di Sabah pula, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan tiada pertambahan mangsa direkodkan dan jumlah mangsa kekal seramai 134 orang daripada 40 keluarga di sebuah PPS di daerah Beaufort.
Cuaca di Sabah juga cerah pada pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#banjir johor
#banjir sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan