Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 389 orang pada pukul 8 pagi ini berbanding 198 orang pada pukul 8 malam tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana JKM, Pasir Mas menjadi jajahan terbaharu dilanda bencana tersebut selepas 179 orang dipindahkan lewat malam tadi.
Sehingga pagi ini, sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka berbanding tujuh pada malam semalam selepas lima PPS dibuka di Pasir Mas.
Lima PPS di Pasir Mas itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum membabitkan 61 mangsa, 30 orang di PPS Putat Tujoh, 64 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, 20 orang di SK Kampung Baru dan empat orang di SK Sri Kiambang.
Manakala di Tanah Merah seramai 47 mangsa telah dipindahkan ke enam PPS iaitu 39 orang di SK Kelewek, dua orang di SK Bukit Panau, 35 orang di SK Alor Pasir, 17 orang di SK Kulim, 33 orang di Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang dan 47 orang lagi di Masjid Mukim Kuala Kepok.
Machang kekal dengan 37 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Pak Roman.
Dalam pada itu laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.01 meter melebihi paras bahaya 9 meter berbanding 9.29 meter malam tadi.
Manakala Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai melebihi paras amaran iaitu 31.40 meter (amaran 31 meter).
Selain itu, tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai meningkat kepada 21.75 meter (berjaga-jaga 20 meter), Sungai Kelantan di Kusial meningkat kepada 13.52 meter (berjaga-jaga 12 meter) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah meningkat kepada 21.78 meter (bejaga-jaga 21.50 meter).
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah sekitar Sungai Kelantan dinaiki air bagaimanapun belum ada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 01 2019
Laman web JPS menunjukkan paras bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.01 meter melebihi paras bahaya 9 meter berbanding 9.29 meter malam tadi. Gambar fail/Ihsan Jabatan Penerangan Kelantan
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.