Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 5,912 orang daripada 1,536 keluarga pagi ini berbanding 5,207 orang daripada 1,355 keluarga malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pahang, Zainal Yusoff berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) juga bertambah kepada 93 buah berbanding 85 sebelum ini.

"Kuantan mencatatkan jumlah pemindahan paling ramai dengan 1,354 orang daripada 344 keluarga diikuti Maran (1,079 orang daripada 284 keluarga), Jerantut ( 821 orang daripada 197 keluarga).

"Rompin (632 orang daripada 169 keluarga), Pekan (608 orang daripada 141 keluarga), Raub (456 orang daripada 143 keluarga), Temerloh (90 orang daripada 23 keluarga) Bera (3 orang satu keluarga).

Sementara itu, Lipis merekodkan jumlah PPS paling banyak dibuka iaitu 23 buah diikuti Raub (17), Jerantut (16), Maran (12), Kuantan (9), Temerloh (7) masing-masing empat di Rompin dan Pekan dan satu di Bera.

-- BERNAMA