awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini

Bernama
Bernama
16/01/2025
02:10 MYT
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Di Sarawak jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43 orang daripada 22 keluarga berbanding 42 orang daripada 22 keluarga, malam semalam. - Gambar hiasan/APM
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43 orang daripada 22 keluarga berbanding 42 orang daripada 22 keluarga, malam semalam.
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) banjir iaitu di Dewan Kompleks Sukan Kanowit.
Di JOHOR, Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan jumlah mangsa kekal dengan 230 orang daripada 72 keluarga dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Melayu Raya, Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang, Kluang.
Situasi sama turut direkodkan di PERAK dengan jumlah mangsa banjir kekal dengan 31 orang daripada sembilan keluarga, setakat 8 pagi ini.
Menurut Sekretariat JPBN, kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar, Manjung, ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Beruas.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan