awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Selangor, Sabah meningkat

Bernama
Bernama
12/04/2025
02:35 MYT
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Sabah meningkat
Beberapa penduduk setempat meredah banjir dari kediaman mereka menuju ke PPS di Kampung Padang Jawa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa di Selangor dan Sabah yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini menunjukkan sedikit peningkatan manakala keadaan di Johor semakin baik.
Memasuki hari kedua situasi banjir di SELANGOR menyaksikan jumlah mangsa di negeri itu meningkat daripada 873 orang melibatkan 262 keluarga malam tadi, kepada 1,191 mangsa membabitkan 322 keluarga setakat 8 pagi ini.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat semua mangsa ditempatkan di enam PPS dengan tiga di Shah Alam, Klang (dua) dan satu di Subang Jaya.
Di SABAH, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Nabawan meningkat kepada 383 orang daripada 94 keluarga berbanding 263 orang daripada 63 keluarga dan semuanya ditempatkan di lima PPS selepas 28 kampung terjejas.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima PPS dibuka di Nabawan.
Daerah Sook turut dilanda banjir dengan sebuah PPS dibuka Dewan Kampung Membulu pada 4.45 pagi tadi, namun jumlah mangsa sedang dikemas kini.
Nabawan dan Sook merupakan daerah terletak di bahagian pedalaman Sabah, masing-masing terletak 174 kilometer (km) dan 147 km arah Selatan dari Kota Kinabalu.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading menurun sedikit pagi ini iaitu seramai 203 orang daripada 64 keluarga berbanding 210 orang daripada 65 keluarga petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata mangsa yang terjejas merupakan penduduk di daerah iaitu Batu Pahat.
"Satu sungai berada pada paras amaran, iaitu Sungai Senggarang di daerah Batu Pahat dengan bacaan 3.16 meter (m), manakala satu lagi sungai berada pada paras waspada, iaitu Sungai Batu Pahat dengan bacaan 2.30 m.
"Sementara itu, semua daerah di negeri ini dilaporkan cerah pada petang ini sehingga pukul 8 pagi," menurut kenyataan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#PPS
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan