KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis, Perak dan Kedah mencatat penurunan setakat jam 5 pagi, pada Rabu.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 336 jumlah mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS di tiga negeri terbabit.

Di Perlis, hanya sebuah PPS dibuka yang menempatkan 29 mangsa daripada 11 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Titi Tinggi Hilir, Padang Besar.

Di Perak pula, seramai 227 mangsa daripada 66 keluarga yang ditempatkan lima buah PPS yang masih dibuka.

Kelima-lima PPS itu melibatkan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak, Hilir Perak, Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian, Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Kerian, Dewan Serbaguna Kampung Chikus, Hilir Perak dan Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta, Kinta.

Sementara di Kedah, terdapat 80 mangsa daripada 27 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

Ia melibatkan pps Sekolah Kebangsaan Malau, Kubang Pasu, Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Kota Setar dan SMK Alor Gajah, Kota Setar.