awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pemandu khayal, ambil dadah membimbangkan - Polis

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2016
01:09 MYT
Jumlah pemandu khayal, ambil dadah membimbangkan - Polis
Antara alasan yang sering yang diberikan pemandu yang menggunakan dadah adalah supaya tidak mudah letih ketika memandu perjalanan jarak jauh. - Gambar hiasan
Pengambilan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan berada pada tahap serius dan membimbangkan.
Pegawai Turus Trafik Bukit Aman, Supt Mustafa Bakri Salleh berkata, ia berikutan 16 kes telah dicatatkan hasil daripada tiga operasi bersepadu yang dijalankan di zon utara sepanjang Op Selamat.
Menurut beliau, sepanjang operasi yang dijalankan di Lebuh Raya Gunung Semanggol, Bukit Gantang dan Gopeng, 15 kes berkenaan membabitkan pemandu lori dan seorang pemandu bas.
Beliau berkata, antara alasan yang sering yang diberikan pemandu terlibat adalah supaya tidak mudah letih ketika memandu perjalanan jarak jauh.
"Daripada 37 pemeriksaan ke atas pemandu-pemandu kenderaan berat, kita telah tahan seorang yang positif metamfetamin atau pun syabu, satu lagi ganja.
"Kepada pemandu-pemandu kenderaan berat, elakkanlah daripada mengambil dadah. Sekiranya letih, berehatlah di mana-mana kawasan rehat dan rawat (R&R)," tambahnya.
Katanya, situasi ini agak membimbangkan kerana boleh memberi risiko kepada pengguna jalan raya yang lain, terutama pada musim perayaan yang melibatkan jumlah kenderaan yang banyak di lebuh raya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Ops Bersepadu Perdagangan di Kawasan R&R Gua Tempurung pada Isnin.
Dalam operasi itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya mengesan tiga pemandu lori, masing-masing berusia 25, 26 dan 48 tahun yang memandu di bawah pengaruh dadah.
Topic Berkaitan
#guna dadah semasa memandu
#memandu sambil guna dadah
#Ops Selamat
#pemandu khayal dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan