awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
OpenAI sahkan peranti AI pertama bakal diperkenal pertengahan kedua 2026
Lebih 300 dikompaun, pesalah buang sampah diwajib buat khidmat masyarakat - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah terkini hutang negara, audit terhadap pegawai menteri antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
02/12/2025
00:40 MYT
Jumlah terkini hutang negara, audit terhadap pegawai menteri antara tumpuan Dewan Rakyat
Usai sesi soal jawab lisan, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 oleh Menteri Sumber Manusia.
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan membincangkan mengenai jumlah terkini hutang negara serta audit dalaman yang dilaksanakan terhadap pegawai-pegawai menteri.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Syahredzan Johan (PH-Bangi) meminta Perdana Menteri menyatakan prinsip kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baharu dan memperincikan strategi pembayaran hutang bagi menjamin hutang negara dan defisit fiskal terus berada pada trajektori menurun, pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Pada sesi itu juga, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) ingin tahu adakah kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai menteri susulan teguran Perdana Menteri untuk setiap menteri melaksanakan pemantauan dengan lebih tegas.
Sementara itu, pada sesi soal jawab lisan, Wong Chen (PH-Subang) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan garis masa dan pelan pelaksanaan yang tepat bagi pengembangan Dasar Pengurusan Pelarian (DPP) untuk memastikan pelarian berdaftar mengakses pendidikan dan kesihatan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau institusi swasta.
Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) pula mengajukan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai punca mengapa masih ramai rakyat yang layak, tidak mendapat rumah mampu milik walaupun banyak projek telah diumumkan, serta langkah kementerian menangani isu projek perumahan terbengkalai yang menjejaskan pembeli rumah pertama.
Turut tersenarai, soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta Menteri Kerja Raya menyatakan tahap kajian keberhasilan dijalankan menggunakan teknologi baharu turapan asfalt terubah suai getah bekuan atau Cup Lump Modified Asphalt (CMA) bagi menggantikan teknologi sedia ada.
Usai sesi soal jawab lisan, persidangan Dewan Rakyat diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 oleh Menteri Sumber Manusia.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat yang berlangsung selama 35 hari akan berakhir Khamis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#audit pegawai menteri
#Hutang negara
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan