MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengarahkan dua daripada 44 restoran hotel di negeri ini ditutup sementara menjelang Ramadan kerana tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk terdapat najis tikus.
Pengarahnya, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pemeriksaan yang dijalankan selama dua hari bermula Rabu hingga Khamis mendapati dua daripadanya diarahkan tutup sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan.
Menurutnya, arahan itu dikeluarkan setelah JKN Melaka melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Unit Inspektorat dan Perundangan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan dan kebersihan premis di bawah Akta Makanan 1983, penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan kebersihan persekitaran hotel di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975).
"Manakala 46 kompaun kesalahan dengan nilai kompaun RM18,750 telah dikeluarkan.
"Kami juga melaksanakan pemeriksaan kebersihan persekitaran premis dengan lapan hotel dikenal pasti ada tempat pembiakan jentik-jentik," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.
Ujar beliau, sebanyak 17 kompaun kesalahan turut dikeluarkan dengan nilai RM4,250 atas kesalahan kerana tidak memasang papan tanda larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Kata beliau, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan dan kebersihan premis pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau membuat aduan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my
"JKN Melaka sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna," ujar beliau lagi. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 17 2023
Dua daripada 44 restoran hotel yang diperiksa diarahkan tutup sementara di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 bagi kerja-kerja pembersihan. - Gambar/ JKN Melaka
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jumpa najis tikus, 2 restoran hotel kotor diarah tutup
JKN Melaka mengarahkan dua daripada 44 restoran hotel di negeri ini ditutup sementara menjelang Ramadan kerana tahap kebersihan tidak memuaskan termasuk terdapat najis tikus.
Empat dapur hotel termasuk berstatus empat bintang diarah tutup kerana kotor
Sebanyak empat restoran atau dapur hotel termasuk sebuah hotel empat bintang di negeri ini diarah tutup sementara kerana didapati kotor.