NATIONAL
Jumpa tepi jalan? Beruang bukan kucing kurap - Maya Karin

Beruang bukan kucing kurap yang boleh dijaga dengan memberi makan nasi dan ikan, tegur Maya Karin. -Gambar fail
BARU-BARU ini kecoh isu seorang penyanyi wanita ditahan selepas disyaki menyimpan anak beruang matahari di kondominiumnya di Desa Pandan dekat sini.
Isu itu turut menarik perhatian pelakon dan penyanyi terkenal, Maya Karin susulan wanita terbabit mendakwa “terjumpa” haiwan itu di tepi jalan.
“Saya tidak fikir begitu (jumpa tepi jalan). Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang-kurangnya kita akan bawa kepada doktor haiwan yang akan membuat laporan.
“Beruang bukan kucing kurap yang boleh dijaga dengan nasi (dan) ikan seumur hidup,” demikian tulis Maya dalam entri tersebut, pada Ahad.
Semalam Astro AWANI melaporkan wanita tersebut memberi alasan kepada pihak Perhilitan bahawa beliau terjumpa haiwan itu di tepi jalan berdekatan sebuah hutan.
Haiwan itu, katanya, dijumpai dalam keadaan lemah di kawasan Bukit Ampang, Jalan Hulu Langat dekat sini bulan lalu.
Sebaliknya, penyanyi yang lebih dikenali dengan gelaran Pia itu menjelaskan dia merancang untuk menghantar haiwan dilindungi itu kepada pihak yang berkaitan selepas keadaannya pulih.
Laporan itu turut menyebut yang Pia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor anjing.
Kes disiasat bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran Perhilitan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami