awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Tanda tanya terjawab, anak sahkan Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Kemboja tahan 75 suspek penipuan dalam talian semasa serbuan terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurang kepercayaan anggota kerajaan dan PH harus diuruskan - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/11/2019
05:24 MYT
Jurang kepercayaan anggota kerajaan dan PH harus diuruskan - Muhyiddin
MUHYIDDIN: " Mereka (pegawai kerajaan) harus komited, kerana yang diamalkan dalam sistem demokrasi, pegawai kerajaan harus taat pada 'government of the day'." - Gambar fail
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengakui memang terdapat sedikit jurang kepercayaan antara barisan Kabinet dan anggota kerajaan, namun ia mengambil masa sedikit sebelum jurang itu dapat dirapatkan, kata Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, beliau, yang pernah menggalas tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri sewaktu pemerintahan Barisan Nasional berkata, anggota kerajaan harus mengambil maklum polisi setia kepada kerajaan hari ini atau government of the day.
“Dalam sistem kerajaan ada anggota pegawai kerajaan dalam perkhidmatan awam, mereka ini sudah biasa dengan dasar kerajaan terdahulu, sebab itu mahu tidak mahu ini perkara yang kita sedang uruskan supaya mereka akan faham dasar Pakatan Harapan.
“Mereka harus komited, kerana yang diamalkan dalam sistem demokrasi, pegawai kerajaan harus taat pada government of the day. Kalau dulu Barisan Nasional, sekarang Pakatan Harapan di Johor dan Pusat, mereka kena ikut,” katanya pada sidang media, selepas meninjau perjalanan kempen Pakatan Harapan sempena PRK Tanjung Piai, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang memetik beberapa pegawai tinggi kerajaan sebagai berkata, masih wujud elemen penentangan atau tidak percaya kepada barisan Kabinet, walaupun sudah setahun lebih Pakatan Harapan memerintah.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau mengharapkan kerjasama yang lebih erat dari golongan penjawat awam kerana dasar Pakatan Harapan adalah lebih terbuka berbanding pemerintahan terdahulu.
“Yang penting bagaimana anggota pentadbiran dan kerajaan segera, mewujudkan jalinan kerjasama, kerana saya fikir pimpinan kerajaan Pakatan Harapan lebih bersikap terbuka. Dan lebih lebih lagi kita di peringkat awal, sebahagian exco negeri, menteri besar pun ramai orang baharu, jadi ada waktu mana mereka perlu segera eratkan kerjasama,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kabinet
#Malaysia
#Menteri Besar
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#penjawat awam
#PPBM
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan