awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juru elektrik maut terkena transformer TNB

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2015
04:51 MYT
Juru elektrik maut terkena transformer TNB
Mangsa yang masih bujang dan berasal dari Salor, Kota Bharu itu menjalankan kerja berkenaan bersama enam lagi rakannya. - Foto Astro AWANI
Seorang kontraktor elektrik maut ketika menjalankan kerja-kerja penggantian alat pengubah alih (transformer) membekalkan elektrik Tenaga Nasional Berhad, TNB di Kota Bharu pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi di Jalan Che Su Kota Bharu itu, mangsa Shahril Zain Shamsuddin, 24 tahun, maut di tempat kejadian apabila alat tersebut berhayun dan menghentak mangsa ketika kerja-kerja penggantian dilakukan.
Mangsa yang masih bujang dan berasal dari Salor, Kota Bharu itu menjalankan kerja berkenaan bersama enam lagi rakannya.
Ketika proses terakhir untuk memasang alat berkenaan, alat pengubah alih yang diangkat itu dikatakan berhayun dan mengenai mangsa.
Alat pengubah alih berkenaan diganti dengan yang baru berikutan alat sedia ada tidak dapat digunakan akibat ditenggelami air ketika banjir baru-baru ini.
“Kejadian berlaku semasa kita buat pemindahan yang terakhir, tiba-tiba transformer itu tergelincir dan menimpa. Mangsa tersepit di dinding tidak dapat diselamatkan sebab transformer tu berat,” kata rakan mangsa, Mohd Said.
Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk di bedah siasat.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Rohaimi Mat Isa mengesahkan kejadian dan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.
Beliau juga memaklumkan mangsa baru sahaja memulakan pekerjaan dengan syarikat pemasangan terbabit.
Topic Berkaitan
#Kota Bharu
#Tenaga Nasional Berhad
#TNB
#Transformer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan