awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurugambar sambilan NSTP dirompak

Bernama
Bernama
10/11/2013
23:44 MYT
Jurugambar sambilan NSTP dirompak
Gambar hiasan
Jurugambar sambilan The News Straits Times Press (M) Bhd Sabah kerugian RM8,000 dan hampir dicederakan apabila sekumpulan perompak melarikan begnya di Jalan Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson di sini hari Sabtu.
Dalam kejadian pada 3.20 petang itu, Mohd Adam Eussoffefuddin Arinin, 25, yang memberhentikan kereta Kancilnya di tepi jalan untuk menjawab telefon, dihampiri sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning sebelum sebuah motosikal berhenti di hadapan keretanya.
Ketika kejadian, jurugambar itu dalam perjalanan pulang daripada tugasan di Likas.
Menceritakan kejadian itu, Mohd Adam Eussoffefuddin berkata, beliau cuba mengundurkan keretanya tetapi pembonceng motosikal itu mengacukan pisau ke arahnya sebelum merampas begnya yang terletak di bahagian tempat duduk hadapan.
Beliau berkata, beg itu mempunyai wang tunai RM8,000, satu pemacu pena dan pakaiannya.
Seorang tukang kebun menemui semula beg galas itu kira-kira 15 minit kemudian tetapi kesemua barangan di dalam beg itu hilang, katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Kota Kinabalu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Bandaraya DSP A. Sahak Rahmat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#dirompak
#Jurugambar
#nstp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan