awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual curi, palsukan invois kedai emas ditahan

Bernama
Bernama
25/10/2023
12:08 MYT
Jurujual curi, palsukan invois kedai emas ditahan
Mohd Azam berkata wanita berumur 31 tahun itu yang ditahan ketika sedang bekerja di premis terbabit dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak bulan lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang jurujual wanita ditahan Isnin lepas, disyaki pecah amanah dengan memalsukan invois serta mencuri barang kemas di premis tempatnya bekerja di Taman Dagang Permai, Ampang Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata wanita berumur 31 tahun itu yang ditahan ketika sedang bekerja di premis terbabit dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak bulan lepas.
Beliau berkata pengurus premis berkenaan membuat laporan polis selepas mendapati suspek yang bekerja lebih tiga tahun dan diamanahkan serta diberi kuasa untuk menjual emas telah menyebabkan kerugian berjumlah RM12,838.
"Hasil maklumat daripada wanita itu, polis berjaya menjumpai dua rantai leher, satu loket dan sepasang subang milik kedai emas berkenaan yang dijual kepada kedai emas lain.
"Suspek direman empat hari hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menjual emas
#memalsukan invois
#pecah amanah
#siasatan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan