awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurujual telefon bimbit tipu pelanggan didenda RM6,000

Hakim Rahman
Hakim Rahman
31/12/2015
08:46 MYT
Jurujual telefon bimbit tipu pelanggan didenda RM6,000
Mangsa telah dihalau tanpa dipulangkan wang deposit RM400 setelah mahu membatalkan pembelian apabila tertuduh meminta wang tambahan RM450 bagi urusan jual beli itu.
Seorang jurujual telefon bimbit di Kompleks Kota Raya didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah memperdaya pekerja hotel orang kelainan upaya (OKU) bisu dan pekak dalam urusan jual beli telefon bimbit yang membabitkan kerugian RM400.
Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Lee Wai Chung, 21, sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Dia mengaku bersalah memperdaya Shamsol Esham Hashim, 41, untuk menyerahkan wang RM400 bagi pembelian sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy pada pukul 3 petang, 10 Disember lalu.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan, jika gagal membayar denda.
Berdasarkan fakta kes, mangsa telah dihalau tanpa dipulangkan wang deposit RM400 setelah mahu membatalkan pembelian apabila tertuduh meminta wang tambahan RM450 bagi urusan jual beli telefon bimbit itu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 415/417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, jika disabit kesalahan.
BACA: Polis buka dua kertas siasatan kes penipuan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya
BACA: Mangsa penipuan tampil tuntut hak di Kompleks Kota Raya
Topic Berkaitan
#jurujual telefon bimbit
#Kota Raya
#OKU
#penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan