KUALA LUMPUR: Guru dan kakitangan yang terlibat dalam kejurulatihan sukan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diwajibkan mempunyai sijil kejurulatihan Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) kendalian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan Institut Sukan Negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jurulatih sukan di bawah KPM dan KPT pula diwajibkan mempunyai lesen kejurulatihan berdaftar yang aktif di bawah Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan dan Malaysia Sports Coach Registry (MSCR).
Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan Sukan Bil. 1/2024 yang dipengerusikan beliau hari ini.
Mesyuarat berkenaan memfokuskan kepada beberapa perkara termasuk pemerkasaan pembangunan sukan olahraga dan renang serta penambahbaikan ekosistem kejurulatihan melalui kolaborasi rentas kementerian.
"Mesyuarat turut mewajibkan guru Pendidikan Jasmani serta jurulatih sukan di bawah KPM dan KPT untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan atlet mengenai elemen-elemen dalam Kod Sukan Selamat," katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.
Ahmad Zahid turut menekankan agar bakat-bakat sukan dalam kalangan anggota badan beruniform diberikan perhatian sebagai satu kumpulan yang boleh menyumbang kepada kecemerlangan sukan tanah air.
Beliau berkata pembangunan bakat di peringkat akar umbi adalah amat penting bagi melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.
"Pemegang taruh utama seperti Kementerian Belia dan Sukan, KPM, KPT dan persatuan sukan perlu bergerak seiringan bagi mewujudkan suatu ekosistem sukan berprestasi tinggi yang berstruktur dan efektif.
"Talent pool yang lebih luas memberi kelebihan bagi menggilap potensi atlet dari peringkat awal," katanya.
Meskipun pertandingan kompetitif turut dilaksanakan di semua peringkat merentas pelbagai sektor pendidikan, Ahmad Zahid berharap usaha itu dapat dipergiatkan lagi agar pencarian bakat untuk sukan berprestasi tinggi diperluaskan.
Katanya ini termasuk merentasi pelbagai sektor pendidikan seperti sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan institusi tahfiz.
"Insya-Allah, melalui mesyuarat seperti hari ini saya yakin penyelarasan yang baik antara kementerian, agensi dan semua pemegang taruh, pembangunan sukan negara akan dapat dipertingkatkan secara berstruktur dan mendapat hasil yang lebih baik di masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan Sukan Bil. 1/2024 yang dipengerusikan beliau hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Jurulatih kebangsaan nikmati kenaikan gaji
MSN meluluskan penyelarasan jumlah gaji dan imbuhan baharu untuk Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK) berkuatkuasa dari 1 Januari 2024.
Jurulatih sukan di bawah KPM, KPT wajib ada lesen kejurulatihan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan Sukan Bil. 1/2024 yang dipengerusikan beliau hari ini.
Jangan terlalu yakin walau dapat undian mudah - KP MSN
Atlet dan jurulatih sukan terbabit perlu lebih berwaspada agar tidak tersalah langkah melakukan percaturan.