awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih kebangsaan nikmati kenaikan gaji

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2024
10:55 MYT
Jurulatih kebangsaan nikmati kenaikan gaji
Jurulatih sepenuh masa yang berkhidmat untuk Program Podium dan pelapis kebangsaan turut menikmati kenaikan. - Gambar hiasan
MESYUARAT Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Selasa meluluskan penyelarasan jumlah gaji dan imbuhan baharu untuk Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan (SPJK) berkuatkuasa daripada 1 Januari 2024.
MSN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jurulatih sepenuh masa yang berkhidmat untuk Program Podium dan pelapis kebangsaan akan menikmati kenaikan berdasarkan kepada tahap kelayakan mengikut Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dan tempoh pengalaman dalam bidang kejurulatihan.
Kenaikan itu menyaksikan jurulatih dengan Sijil SPKK Tahap 3 - kelayakan tertinggi yang diperakui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) - bakal menikmati kenaikan gaji daripada RM4,500 sebulan kepada RM5,900 sebulan mengikut penyelarasan yang baru diluluskan itu.
"Bagi menggalakkan lebih ramai bekas atlet negara menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan, imbuhan gaji tambahan diberi berdasarkan tahap pencapaian terbaik ketika bergelar atlet.
"Sebagai contoh, bekas atlet yang menjadi jurulatih sepenuh masa dan memiliki pencapaian pingat pada Sukan Olimpik atau Sukan Paralimpik diberikan imbuhan gaji tambahan RM3,500 sebulan, manakala pencapaian pingat pada kejohanan dunia menerima imbuhan gaji tambahan sebanyak RM3,000.
"Elaun khas berjumlah RM600 juga diluluskan untuk semua jurulatih Program Podium dan pelapis kebangsaan (kecuali jurulatih pinjaman atau pelepasan oleh majikan), manakala elaun jurulatih separuh masa turut dinaikkan berdasarkan kepada kelayakan SPKK masing-masing.
"Penyelarasan terhadap SPJK ini diluluskan sebagai penambahbaikan kepada kadar sedia ada dalam skim yang kali terakhir disemak pada tahun 2014," ujar kenyataan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jurulatih sukan
#jurulatih kebangsaan
#naik gaji
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan