awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/04/2023
03:30 MYT
Jururawat didakwa bunuh bayi sendiri berusia 6 bulan
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis. - Astro AWANI
IPOH: Seorang jururawat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas tuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.
Tertuduh, Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia melibatkan kes bunuh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian anak kandungnya yang berusia enam bulan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, kira-kira jam 10 malam, 17 Mac lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#bunuh bayi
#Zahrul Ashrik Zulkaflee
#Kampung Kepayang
#jururawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan