awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat 'manis' sanggup redah banjir demi ibu bersalin

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2017
22:05 MYT
Jururawat 'manis' sanggup redah banjir demi ibu bersalin
Kerana tanggungjawab, Nik Aisah dan anggota polis berjaya memujuk Rohani berpindah ke pusat pemindahan sementara di Gual Sitok. - Gambar Sinar Online
Atas rasa tanggungjawab kepada pesakit, seorang jururawat dan beberapa anggota polis tekad meredah banjir demi memujuk wanita sarat hamil ke hospital.
Perkara itu diambil peduli oleh jururawat Klinik Kesihatan Gual Periok, Nik Nor Aisah Nik Zul Azhar selepas wanita berkenaan, Rohani Abd Rahman, 45, didapati tidak mendaftar di mana-mana klinik kesihatan atau pusat pemindahan di Kelantan.
Menurut laporan Sinar Harian, Nik Aisah berkata pihaknya terpaksa berkunjung ke rumah wanita berbadan dua itu di rumah bagi memujuknya untuk berpindah ke kawasan selamat.
Menurutnya lagi, usaha murni itu perlu dilakukan kerana kemungkinan Rohani bakal bersalin dalam jangka masa yang terdekat dan berdepan risiko jika tidak sempat ke hospital sewaktu bersalin.
"Kebanyakan pesakit di kawasan sini mula berpindah ke tempat selamat namun hanya segelintir tidak berganjak sehinggakan memaksa kakitangan keselamatan bertindak untuk mengambil mereka di rumah," kata Nik Aisah.
Tambahnya, ramai menganggap isu banjir yang menjangkau paras bahaya ini sebagai perkara remeh.
Dalam pada itu, Rohani pada mulanya enggan berpindah ke kawasan selamat kerana yakin bahawa dia tidak akan melahirkan anak dalam waktu terdekat ini.
Walau bagaimanapun, dia akhirnya akur untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara di Gual Sitok.
Topic Berkaitan
#jururawat
#Klinik Kesihatan Gual Periok
#Nik Nor Aisah Nik Zul Azhar
#Rohani Abd Rahman
#wanita hamil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan