awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat rugi RM22,200 selepas berkenalan dengan lelaki dari 'UK' di Facebook

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
04/01/2020
04:44 MYT
Jururawat rugi  RM22,200 selepas berkenalan dengan lelaki dari 'UK' di Facebook
Seorang jururawat terpaksa menanggung kerugian RM22,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya warganegara United Kingdom (UK) di media sosial Facebook, bulan lalu.
Seorang jururawat di sini terpaksa menanggung kerugian RM22,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya warganegara United Kingdom (UK) di media sosial Facebook, bulan lalu.
Kejadian bermula 13 Disember lalu apabila wanita berusia 37 tahun itu berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Ahmad Mohammad melalui laman sosial, Facebook.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, lelaki itu mendakwa dia berasal dari United Kingdom (UK) dan selepas setelah hampir tiga minggu mereka berhubung, suspek menawarkan hadiah sebagai tanda perkenalan.
"Namun mangsa mendakwa dia tidak mahu hadiah berkenaan tetapi suspek tetap menghantar kepada wanita itu kononnya melalui syarikat kurier," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, pada 24 Disember lalu, mangsa kononnya dihubungi oleh wakil dari syarikat airport kurier yang memaklumkan bahawa barangan yang dialamatkan kepada wanita itu berada di syarikat berkenaan.
"Untuk mengambil barang berkenan, mangsa diminta membayar kos penghantaran dan kos penyimpanan. Bermula 24 Disember sehingga 31 Disember lalu mangsa membuat empat kali transaksi ke dua akaun berbeza menjadikan jumlah keseluruhan RM22,200.
"Namun suspek masih lagi meminta wanita itu membuat bayaran. Mangsa yang berasa ditipu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di sini, semalam," jelasnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#ditipu
#Facebook
#jururawat
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan