awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel

Bernama
Bernama
04/10/2024
07:45 MYT
Juruteknik jatuh di lereng Gunung Machincang bukan pekerja kereta kabel
Semalam seorang juruteknik maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 meter di lereng Gunung Machinchang di Langkawi. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) menjelaskan juruteknik yang terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machincang, semalam bukan pekerja atau kontraktor syarikat itu.
Justeru PLSB berkata laporan media yang memetik bahawa individu terbabit sebagai pekerja kereta kabel yang terjatuh daripada kereta kabel adalah tidak benar.
PLSB yang merupakan operator kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyCab, menjelaskan perkhidmatannya beroperasi seperti biasa pada hari kejadian dan tiada kerja-kerja penyelenggaraan dijadualkan pada waktu tersebut.
"Selain itu ingin ditegaskan bahawa setiap kerja-kerja penyelenggaraan di Langkawi SkyCab mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.
"Sebagai contoh sekiranya kerja-kerja perlu dilakukan di tempat tinggi, kakitangan perlu mendapat latihan dan mempunyai sijil bekerja di tempat tinggi beserta dengan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap," kata syarikat itu.
PLSB berkata pihaknya turut bersimpati dengan kejadian tersebut dan menawarkan kerjasama serta bantuan yang sewajarnya.
Semalam seorang juruteknik maut selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 40 meter di lereng Gunung Machinchang di Langkawi dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari.
Khairul Nizam Jaafar, 41, dilaporkan terjatuh ketika berada di besi penahan dek kaca di sebuah tarikan pelancongan lain yang dikendalikan oleh sebuah syarikat lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#juruteknik maut
#Gunung Machincang
#jatuh lereng
#panorama langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan