awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruteknik pergigian ditemui mati di kuarters klinik

Raffi Bachik
Raffi Bachik
22/01/2018
10:13 MYT
Juruteknik pergigian ditemui mati di kuarters klinik
Mayat mangsa ditemui seorang rakan di rumahnya di kuarters Klinik Kesihatan Port Dickson di sini, pagi ini. - Astro AWANI
Misteri ketidakhadiran jurutektik pergigian Klinik Kesihatan Port Dickson, terungkai apabila dia temui mati di rumahnya di tingkat empat kuarters kakitangan klinik tersebut di Lukut, Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mangsa, Mahussin Rahim, 28 tahun ditemui rakannya kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dipercayai meninggal dunia lebih daripada 72 jam lalu sebelum menghubungi pihak polis.
Beberapa kakitangan di klinik berkenaan hairan selepas Mahussin tidak hadir ke tempat kerja selain gagal dihubungi sejak Jumaat lalu.
Ekoran itu, rakannya bertindak ke kuarters berkenaan sebelum menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas tilam di bilik tidurnya.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan di rumah mendapati, barangan peribadi mangsa termasuk beg duit, telefon bimbit dan kunci kereta telah tiada selain motorsikal yang diparkir di bawah kuaters berkenaan termasuk topi keledar juga hilang.
Mayat mangsa di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Tambah zainudin, buat ketika ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#juruteknik
#Klinik Kesihatan Port Dickson
#Mahussin Rahim
#pergigian
#polis
#Superintendan Zainudin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan