SUNGAI PETANI: Seorang jurutera kilang maut selepas tercampak ke dalam longkang dalam nahas jalan raya di kilometer 60.4 Jalan Alor Setar-Butterworth, dekat sini, malam tadi.
Mangsa Hemraj a/l Murugan, 22, berasal dari Taman Emas, Bedong, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku jam 11.20 malam ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda CBR500.
“Ketika kejadian, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun berada di belakang motosikal mangsa.
“Setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai membelok ke kiri secara mengejut untuk masuk ke kawasan rumah kedai. Pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa hilang kawalan mengakibatkan motosikal terseret ke atas jalan dan mangsa tercampak ke dalam longkang di bahu kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Zaidy berkata, mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala pemandu kereta Vios tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk bedah siasat.
Menurut Zaidy, hasil siasatan awal polis, kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang membelok ke kiri secara mengejut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 16 2023

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala. -Foto PDRM

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Bursa Malaysia pulih daripada penurunan 2 hari berturut-turut
Bursa Malaysia pulih daripada penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup tinggi sedikit hari ini seiring dengan aliran meningkat di bursa serantau, kata seorang penganalisis.

Ini penghinaan daripada orang yang sangat hina - Bell Ngasri
Menurut Bell, wanita berkenaan terlalu mencuba untuk menjadi kelakar sehingga tidak memikirkan bahan jenaka yang ingin dipersembahkan.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.

Dua lelaki ditahan edar dadah guna teksi, e-panggilan
Polis telah menahan suspek pertama yang memandu sebuah teksi, dipercayai bertindak sebagai 'penghantar' di sekitar Kelana Jaya.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir
Aaron-Wooi Yik, akan membuat perhitungan menentang beregu China, Liang Wei Keng-Wang Chan, esok, dalam merebut tempat ke final.

2 pelajar kritikal, 18 dirawat di hospital minum air campur spirit ganti arak
Dua pelajar kritikal manakala 18 lagi menerima rawatan selepas meminum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit di Pitas.

Abdul Rasheed Abdul Ghaffour dilantik Gabenor BNM baharu mulai 1 Julai
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu , Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkuatkuasa 1 Julai depan sehingga 30 Jun 2028.

Sudan isytihar Ketua UNITAMS sebagai 'persona non grata'
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres telah dimaklumkan mengenai keputusan untuk mengisytiharkan Volker Perthes, sebagai "persona non grata".

Kerajaan teruskan pengecualian duti setem pemilikan rumah pertama i-MILIKI
Pengecualian duti setem 75 peratus turut diberikan bagi pembelian rumah pertama yang berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

Pemandu rempuh tiga penunggang motosikal dibebas dengan jaminan - Polis
Lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

3 maut, 3 cedera dilanggar pemandu dipercayai mabuk ketika berteduh bawah jambatan
Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta ketika berteduh di bawah jambatan di Kilometer 19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Penunggang motosikal ditahan cubaan lolos pemeriksaan polis
Penunggang telah diarahkan berhenti tetapi bertindak melarikan diri ke Kampung Teluk Jeri sehingga terbabas di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

Pelajar UniSZA maut kemalangan dalam kampus
Mangsa, Wan Muhamad Azhar Izzuddin Wan Abdul Razak, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah, maut di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal maut kemalangan
Mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala serta maut di lokasi kejadian.

Pekerja pos maut tak sempat sampai rumah
Menurut polis, sejurus tiba di lokasi, motosikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah lori lalu terjatuh.

Polis buru dua penunggang buat aksi 'wheelie'
Rakaman itu turut memaparkan seorang daripada individu berkenaan turut berdiri di atas motosikal dengan sebelah kakinya.

Polis buka kertas siasatan nahas lori-motosikal di LDP
Berdasarkan rakaman itu, kejadian berlaku di LDP dari arah Puchong menghala ke Kepong pada jam 3.30 petang, Jumaat.

Penunggang motosikal 'kayangan': Polis sangkal kenyataan Caprice
PDRM menyangkal dakwaan pempengaruh, Caprice yang mengkritik tindakan pihak berkuasa yang seolah-olah melindungi penunggang motosikal kayangan.

Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu
Allahyarham Mohd Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal.