awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juruterbang pelatih cedera, pesawat tergelincir dari landasan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
30/03/2022
14:56 MYT
Juruterbang pelatih cedera, pesawat tergelincir dari landasan
Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. - Gambar/ Sinar Harian
LANGKAWI: Seorang juruterbang pelatih wanita cedera ringan apabila pesawat latihan yang dikendalikannya, tergelincir dari landasan ketika sedang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.15 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi ke tempat kejadian.
"Kejadian melibatkan sebuah pesawat latihan komersial (swasta) jenis Diamond-14 yang tergelincir dari landasan dan menyebabkan mangsa berumur 28 tahun, mengalami kecedaraan ringan di bahagian pinggang dan lutut di kedua-dua bahagian kaki.
"Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan malam ini, seperti dilaporkan Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua penerbangan terkandas akibat kejadian itu dan antara penumpang yang terlibat ialah pengamal media yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Program Pemukiman AJK Kelab Media Se-Malaysia 2022 bermula 28 hingga 30 Mac.
Menurut Setiausaha Kelab Media Putrajaya Samantha Tan yang juga merupakan petugas Bernama di Biro Putrajaya berkata beliau bersama penumpang lain, yang sepatutnya berlepas pada pukul 8.10 malam ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) masih berada dalam pesawat, dan sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak lapangan terbang itu.
"Keadaan dalam pesawat masih terkawal walaupun ada kanak-kanak yang menangis dan kru pesawat sedang mengagihkan makanan kepada penumpang. Masih belum pasti bila pesawat boleh meneruskan perjalanan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo, dalam kenyataan malam ini, berkata juruterbang yang terlibat berada dalam keadaan stabil.
“Pesawat Diamond DA-40D, 9M-HMW yang dikendalikan oleh HM Aerospace Sdn. Bhd. (HMA) telah hilang kawalan semasa pendaratan dan terbabas keluar dari landasan.
“Kemalangan tersebut telah menyebabkan kerosakan pada struktur kapal terbang dan telah dialihkan pada 10.25 malam bagi memastikan keselamatan operasi landasan.
“Landasan telah dibuka kepada penerbangan berjadual komersial pada 10.29 malam,” jelasnya.
Katanya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI PeraturanPeraturan Penerbangan Awam 2016.
Topic Berkaitan
#pesawat tergelincir dari landasan
#Langkawi
#juruterbang cedera
#pesawat swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan