awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabel lampu limpah Stadium Perak dicuri, kerugian lebih RM135,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/02/2023
21:20 MYT
Kabel lampu limpah Stadium Perak dicuri, kerugian lebih RM135,000
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa menganggung kerugian lebih RM135,000 selepas bilik yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak dipecah masuk, Selasa lalu. - Foto ihsan pembaca/media sosial
IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa menganggung kerugian lebih RM135,000 selepas bilik yang menempatkan kabel dan komponen lampu limpah di Stadium Perak dipecah masuk, Selasa lalu.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kejadian itu disedari ketika pihaknya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan bagi persiapan menghadapi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang dijadualkan berlangsung mulai 25 Februari ini.
Menurutnya, pihaknya mendapati bilik High Mast Pole 3 telah dipecah masuk.
"Hampir keseluruhan kabel telah dipotong dan komponen lampu limpah telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Menurutnya, laporan telah dibuat dan menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis.
Tambahnya, susulan kejadian itu, MBI telah memperketatkan kawalan keselamatan di seluruh kawasan stadium.
"Kerja-kerja pembaikan telah bermula bagi membolehkan perlawanan pertama pasukan Perak FC menentang Kedah Darul Aman FC pada Liga Super diadakan mengikut jadual," katanya lagi.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kejadian kecurian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#kabel lampu limpah dicuri
#Stadium Perak
#dipecah masuk
#Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan