GEORGE TOWN: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Justeru, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu.
Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri belum membincangkan perkara itu termasuk pada minggu lepas.
"Saya meneliti perkara itu dan saya boleh sahkan di sini saya ahli Jemaah Menteri, kita belum bincang perkara ini pun. Jadi, don't put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum Kerajaan umumkan.
"Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi," katanya ketika berucap pada Program Jiwa MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber yang tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.
"Kita lihat bagaimana baru-baru ini Menteri Digital (Gobind Singh Deo) berada di Pulau Pinang pada April lalu, bercakap tentang Digital Nasional Berhad (DNB)... seminggu sebelum itu, ada akhbar dari luar negara yang berkata pelaksanaan rangkaian 5G rosak, punah... seolah-olah semuanya telah diputuskan.
"Seminggu selepas itu, Gobind mengumumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah dalam DNB telah ditambah dan proses itu sedang berjalan. Kedua, pasal isu lesen kasino (diberi di Johor) kononnya akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.
Justeru, Fahmi berharap Komuniti MADANI dapat membantu menangani isu fitnah dan berita palsu secara lebih terancang.
Beliau juga berharap media, Komuniti MADANI dan kerajaan dapat bekerjasama untuk memastikan maklumat yang sampai kepada rakyat adalah sahih, tepat dan benar sementara menunggu Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dibawa ke Parlimen.
Semalam, media asing melaporkan bahawa Malaysia akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang Jun, satu pembaharuan ekonomi utama yang akan menguji sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.
Media terbabit, yang memetik sumber rasmi dan industri, berkata harga diesel akan diapung pada kadar pasaran dalam tempoh beberapa minggu selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan ia akan disusuli dengan kenaikan berperingkat petrol dalam kadar runcit.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap pada Program Jiwa MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Perempuan Al-Mashoor, hari ini. - Foto BERNAMA
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Kerajaan sedia pertimbang bantu Jasmine Suraya sambung pengajian di Los Angeles - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya sekiranya perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.
Kerajaan belum bincang subsidi barangan dinikmati warga asing - Fahmi
Kerajaan belum membincangkan secara terperinci berkenaan subsidi barangan tertentu yang turut dinikmati warga asing dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
Komuniti MADANI perlu tingkat kefahaman rakyat isu keselamatan dalam talian - Fahmi
Komuniti MADANI di seluruh negara diminta untuk memainkan peranan meningkatkan pemahaman mengenai isu keselamatan dalam talian dalam kalangan rakyat.
Utamakan titah Al-Sultan Abdullah agar jaga perpaduan - Fahmi
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi
Ia untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua.
Fahmi ajak rakyat sertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka kepada Guterres
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Kempen Pengiriman Poskad Khas Palestin Merdeka sebagai tanda sokongan terhadap aspirasi dan impian warga Palestin.
Palestin perlu diterima sebagai anggota penuh PBB - Fahmi
Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuang hak setiap rakyat Palestin termasuk mendesak supaya negara itu diterima sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi
Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.
Man on the Run: Belum ada sebarang keputusan berhubung permohonan Najib - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.