awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet bersetuju dengan terma, syarat perjanjian pencarian bangkai pesawat MH370

Bernama
Bernama
19/03/2025
14:27 MYT
Kabinet bersetuju dengan terma, syarat perjanjian pencarian bangkai pesawat MH370
Loke berkata berdasarkan prinsip, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan bayaran kepada Ocean Infinity sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat MH370 ditemukan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kabinet telah bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity (United Kingdom) bagi meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata dengan kelulusan itu, Kementerian Pengangkutan akan mewakili kerajaan bagi menandatangani perjanjian pencarian dengan syarikat berkenaan.
"Keputusan Jemaah Menteri ini membolehkan operasi pencarian dasar laut dimulakan bagi mengesan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi berdasarkan prinsip no find, no fee," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Loke berkata berdasarkan prinsip ini, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan bayaran kepada syarikat berkenaan sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat MH370 ditemukan dan fi sebanyak AS$70 juta akan dibayar kepada Ocean Infinity jika ia berjaya dijumpai.
"Kerajaan komited meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup bagi keluarga waris penumpang pesawat MH370," katanya.
Sebelum ini, Ocean Infinity melakukan pencarian pesawat yang hilang itu bermula dari Januari 2018, meliputi lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut di selatan Lautan Hindi sebelum menamatkan misi pada 29 Mei 2018.
Pada 8 Mac 2014, Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, telah hilang daripada radar dan kehilangan pesawat itu kekal hingga hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Airlines
#MH370
#pencarian bangkai pesawat
#OCEAN INFINITY
#Kementerian Pengangkutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan