Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
Susulan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, TH akan mengumumkan hibah dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat kabinet memutuskan mengenainya esok.
"Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuannya membayar hibah kepada pendeposit.
"TH akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat, setelah jemaah menteri membuat keputusan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya bila TH akan mengumumkan bayaran hibah kepada 9.3 juta pendepositnya bagi tahun 2018.
Menurutnya, berdasarkan rekod lima tahun ke belakang, TH akan mengumumkan kadar hibah pada Februari, namun sehingga kini pengumuman mengenainya masih belum dibuat sehingga menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pendeposit.
Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, bayaran hibah kepada pendeposit TH bagi tahun kewangan 2018 akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
BACA: Hibah Tabung Haji diumum Mac ini - Mujahid
Katanya, pihaknya akan memastikan imbangan aset dan tabungan diselesaikan terlebih dahulu sebelum hibah diisytiharkan.
Ini kerana, katanya, hibah sebelum ini menyalahi undang-undang mengikut Akta Lembaga Tabung Haji 1995.
BACA: Insya-Allah, yakin Tabung Haji dapat beri hibah seperti biasa!
Disember lalu, Mujahid berkata, sejak 2014, Tabung Haji telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan.
Syarat itu ialah, pertama, aset tidak boleh kurang daripada liabiliti, dan kedua, perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.
Astro Awani
Thu Apr 04 2019

Tabung Haji akan membuat pengumuman mengenai hibah dalam masa terdekat, setelah jemaah menteri membuat keputusan mengenainya esok. - Gambar hiasan
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
12 terbunuh dalam serangan di Wilayah Pesisir Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata di sebuah gelanggang sabung ayam di wilayah pesisir Manabi, Ecuador, menurut pihak polis pada Jumaat.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit.

Banjir: 180 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Johor dan Sabah
Di Johor, hanya 25 orang daripada sembilan keluarga masih berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat setakat 4 petang ini.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang langkah awal pembinaan negara - MCPF
Usaha itu perlu dimulakan daripada peringkat awal pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman Perlembagaan Persekutuan.

Kabinet bincang kewangan TH esok, hibah diumum dalam masa terdekat - PM
Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu membabitkan kedudukan kewangan TH dan perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuannya membayar hibah kepada pendeposit.

Abdul Azeez dakwa Mujahid terkhilaf dalam isu TH
Laporan audit yang disediakan PricewaterhouseCoopers menyatakan nilai liabiliti TH ialah RM74.4 bilion melebih nilai aset (RM70.3 bilion) adalah tidak tepat.