awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet saya hanya fikir COVID-19, bukan politik - Muhyiddin

Fareez Azman
Fareez Azman
17/08/2021
02:47 MYT
Kabinet saya hanya fikir COVID-19, bukan politik - Muhyiddin
Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa beliau dan barisan kabinetnya sebelum ini hanya fokus kepada pandemik COVID-19 dan bukannya politik. Gambar: Fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri caretaker Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah disebabkan oleh Ahli Parlimen UMNO yang memikirkan politik berbanding menyelamatkan rakyat.
Tegasnya, beliau dan menteri dalam Kabinetnya sebelum ini hanya memberikan fokus kepada pengurusan pandemik COVID-19, dan bukannya politik.
"Saya terpaksa letak jawatan sebab Ahli Parlimen tertentu khususnya UMNO menarik sokongan kepada saya. Bukan saya nak menidakkan (hak) mereka sebagai Ahli Parlimen, tetapi ini soal politik.
"Kalau mereka fikirkan nasib rakyat, dalam keadaan susah. Ramai orang terkesan dan susah sehingga menjadi miskin.
"Banyak orang kata, ini bukan masa berpolitik, lebih baik tumpu kepada soal menyelamatkan rakyat. Dan (mereka kata), jangan berpolitik, kami sudah muak," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Perutusan Khas semalam.
Tambah Muhyiddin, jika pemimpin terbabit meletakkan fokus kepada usaha menyelamatkan rakyat, sudah tentu kerajaan PN tidak akan tumbang.
"Kalau mereka ambil kira yang itu, mungkin mereka tidak akan bertindak sebegini. Sekarang, apabila saya tidak ada, lepas ini akan diganti, harapnya segera.
"Tetapi, kalau ambil masa, fahamlah macam mana hendak menguruskan pengurusan tadi," katanya lagi.
Ujarnya lagi, beliau dan barisan Kabinetnya tidak pernah mengambil cuti sejak hari pertama kerajaan PN terbentuk.
Malah, beliau sering dipanggil untuk bekerja walaupun waktu rehat.
"Sebagai Perdana Menteri, sejak hari pertama sehingga hari ini, setiap malam kami berbincang, macam mana nak buat (urus COVID).
"Setiap hari kita baca data, bukan macam urusan biasa yang boleh tunggu. Ini tidak boleh tunggu. Sebab itu saya tidak ambil cuti mana-mana pun.
"Tiada menteri kabinet saya yang ambil cuti. Kalau berehat pun, sekejap, tetapi tetap akan on call, macam doktor.
"Saya pun selalu on call. Adham Baba, Khairy Jamaluddin, Hamzah Zainuddin semua pun on call. Topiknya adalah COVID-19," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hamzah Zainuddin
#kabinet
#Khairy Jamaluddin
#letak jawatan
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#Parlimen
#UMNO
#Perdana Menteri Caretaker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan