PUTRAJAYA: Kabinet secara prinsip bersetuju dengan syarat material baharu Perjanjian Operasi (OA) yang memberikan konsesi kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) untuk mengoperasi, mengurus, menyelenggara dan membangun 39 lapangan terbang dan padang terbang (STOLports - Short Take-Off and Landing Airports) di Malaysia sehingga tahun 2069.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata dengan persetujuan Kabinet itu yang dicapai pada 2 Feb lepas, perjanjian sama sebelum ini kini terbatal, manakala OA baharu serta Perjanjian Pajakan berkaitan akan ditandatangani dan dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir Mac ini.
"Ini merupakan kesinambungan perjanjian lama... perbezaannya adalah ia memberikan fleksibiliti kepada MAHB dalam membangunkan lapangan terbang yang lebih kompetitif dan efektif," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Loke berkata kerajaan dan MAHB bakal mempunyai fleksibiliti dalam kaedah pembiayaan kos pembangunan industri lapangan terbang iaitu sama ada menggunakan peruntukan kerajaan melalui Perbelanjaan Pembangunan atau MAHB melalui mekanisme model pemulihan pelaburan yang bersesuaian.
"Kaedah itu bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan bersama kedua-dua pihak dengan kadar kos purata wajaran modal (WACC) ditentukan hanya apabila projek terlibat akan dilaksanakan, tertakluk kepada persetujuan kerajaan," kata Loke.
Loke berkata akaun amanah pembangunan lapangan terbang juga akan ditubuhkan bagi menerima sumbangan daripada pengguna lapangan terbang, orang awam dan syarikat penerbangan tanpa melibatkan dana kerajaan.
"Sebanyak 50 peratus daripada komponen Caj Perkhidmatan Penumpang yang diambil kira dalam pengiraan User Fee (fi pengguna) akan disalurkan ke akaun amanah itu," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan juga berhak untuk menstruktur semula industri lapangan terbang melalui kaedah 'clustering', memisahkan ekuiti perniagaan daripada syarikat induk, pelupusan lapangan terbang, menutup lapangan terbang atau terminal sedia ada atau penstrukturan semula mana-mana pemilikan fasiliti tertakluk kepada persetujuan bersama.
Loke berkata syarat material baharu OA itu juga akan membolehkan pelaksanaan pelan pembangunan komersial lebih berdaya saing serta berpotensi meningkatkan pendapatan kerajaan melalui perkongsian hasil ke atas tanah milik kerajaan yang dibangunkan oleh MAHB.
Beliau berkata dengan pelaksanaan konsep subsidi bersilang seperti dalam OA berkenaan, semua aspek pengurusan dan penyelenggaraan 17 STOLports dipertanggungjawabkan kepada MAHB sehingga tahun 2069.
Loke berkata MAHB boleh merancang pembangunan jangka panjang yang lebih baik bagi semua lapangan terbang di bawah seliaannya, dengan mengambil kira kepakaran dan pengalaman syarikat tersebut dalam bidang berkenaan di dalam dan luar negara.
"Beban kerajaan juga dapat diringankan dengan kos pembangunan diambil alih oleh MAHB, yang pada masa sama menjalin kerjasama dengan pihak yang berminat untuk melabur dalam industri berkenaan," katanya.
Loke turut mengumumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dijenamakan semula kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 bagi mencapai nilai tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.
"Pelaksanaan ini dijangka dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara negara serta memulihkan semula sektor penerbangan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat berlandaskan gagasan Malaysia Madani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke (kanan) ketika sidang media berkenaan Perjanjian Operasi Antara Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini. - Foto BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kabinet setuju syarat baharu perjanjian operasi MAHB - Anthony Loke
Kabinet secara prinsip bersetuju dengan syarat material baharu Perjanjian Operasi (OA) yang memberikan konsesi kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).