awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad Bantuan Teksi 1Malaysia diaktifkan selepas diambil pemandu

Bernama
Bernama
18/04/2018
21:39 MYT
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia diaktifkan selepas diambil pemandu
SPAD telah menyediakan 67,000 Kad Bantuan Teksi 1Malaysia berikutan sambutan menggalakkan terhadap inisiatif itu. - Gambar hiasan
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia akan diaktifkan hanya selepas diambil pemandu teksi untuk pembelian petrol dan NGV sehingga RM800 di stesen-stesen Petronas di seluruh negara, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Menurut SPAD ribuan pemandu teksi telah mengambil kad masing-masing selepas ia dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 13 April lepas.
"Malah, semua kad itu diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu teksi," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan pada Rabu bagi menjawab dakwaan kononnya para pemandu teksi berang kerana kad bantuan itu dikatakan akan diberikan selepas pilihan raya umum nanti.
Sehubungan itu, SPAD memberi amaran ia akan membuat laporan polis jika berita tidak benar itu terus disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
SPAD juga meminta para pemandu teksi supaya tidak bimbang kerana pihaknya telah menyediakan 67,000 kad bantuan berikutan sambutan menggalakkan terhadap inisiatif itu.
Pemandu teksi diberi tempoh tiga bulan bermula 16 April sehingga 16 Julai depan bagi mengambil kad bantuan itu dari pejabat-pejabat cawangan SPAD.
"Segala urusan pengambilan adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari kelepasan am setempat.
"Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP)," kata suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad bantuan
#Kad Bantuan Teksi 1Malaysia
#Najib Razak
#NGV
#pemandu
#petrol
#pilihan raya umum
#SPAD
#stesen Petronas
#teksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan